GEBANG
SENI PUAN HJH AZIZAH MOHD YUSOF

SENI
TEKAT
Tekat
dikategorikan sebagai tekstil yang disulamkan dengan benang emas diatas kain baldu.
Ia juga dikenali sebagai suji timbul, atau sulaman timbul atau tekat bersuji.
Namun begitu, suji sering dikaitkan dengan sulaman yang menggunakan benang sutera.
Tidak
kira apa jua teknik sulaman yang dihasilkan (sulam, tekat atau suji), dekorasinya
sentiasa sama-ia timbul disebabkan bahagian dalamannya diisi dengan mempulur.
Asal-usul
dan penggunaan tekat (sulaman tekstil) telah dikatakan bermula pada masa yang
sama dengan songket. Ini dibuktikan dengan dengan penggunaan bahan asas seperti
benang emas, kain baldu dan motif yang serupa. Tekat biasanya dihasilkan pada
pakaian dan pada produk yang telah siap dan biasanya untuk mengindahkan ruang
dalaman.
Di
Perak, tekat telah dimonopoli oleh golongan bangsawan. Raja Permaisuri Perak pada
hujung abad ke-19 dikenali sebagai pereka yang kreatif dan mahir dalam seni kraf.
Baginda telah menghasilkan sebahagian besar hasil seni sulaman di Perak pada akhir
abad ke-19.
Terdapat
beberapa desain tekat yang digunakan untuk kegunaan seharian atau urusan diraja.
Namun begitu, Sultan Perak yang ke 26 yang memerintah pada 1874-1876 iaitu Sultan
Abdullah Muhammad Syah II mempunyai pakaian rasmi yang disulam dengan tekat bermotifkan
daun paku dan daun padi. Kesenian tekat telah berkembang di dalam komuniti di
luar istana di mana ia dihasilkan tatkala masa lapang. Tekat memerlukan kesabaran
dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Ini kerana ia dihasilkan secara
teliti dan perlahan.
Namun
begitu, kegunaan tekat adalah terhad. Ia hanya digunakan dalam upacara keramaian
tertentu sahaja seperti perkahwinan, pertunangan, kelahiran, khatam Al-Quran dan
lain-lain lagi. Di istana, tekat telah dianggap sebagai sebahagian pakaian rasmi
dan pakaian harian.
Tidak
semua orang mampu menggunakan tekat kerana bahan asasnya mahal. Tekat mengambil
masa yang lama untuk disiapkan. Ianya cantik dan memerlukan penjagaan rapi.
Beberapa
orang tukang kraf yang di temuramah masih lagi mempunyai perhubungan dengan istana.
Mereka menerima perintah istimewa untuk pesta keramaian atau keperluan harian.
Tekat masih kraf yang popular di Perak. Beberapa tempat di Perak yang masih menjalankan
aktiviti tekat ialah di Kuala Kangsar, Sayong, Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri,
Parit (Kampung Belanja, Kampung Sadong) dan Teluk Intan.
Diangkat
dari penerbitan :
The Traditional Malay Handicraft Design oleh Siti Zainon
Ismail, DBP, 1997
Terjemahan
oleh :
Zaslan Zeeha Zainee
EMBROIDERED
TEXTILE
Tekat
is catagorised under textile that is made by sewing gold thread on velvet material.
It is also termed as suji timbul, or embossed embroidery or tekat bersuji.
Nevertheless, suji os often associated with the embroidery of silk thread.
No
matter how they are embroidered (sulam, tekat or suji), decorations are
all the same - they are embossed because their inner parts are stuffed with mempulur.
The
origin and use of tekat (embroidered textile) started at approximately
the same time as that of songket. Judging from the basic material used, i.e. gold
thread, velvet material amd also its design, this assumption can be accepted.
Tekat is often made into clothing and finished product which mostly flourish
in the palaces.
The
articles that are decorated with tekat emas (gold embroidery) are mostly
court articles. "An example is the coaster for the king". Winstedt explains
that they originate from India dan China : the invariable use of embroidered
cloths at court, as well as the Sanskrit name of the curtain fringe, probably
to an Indian origin for the art: and the chinese chronicles of the tenth century
names wore "flowered silk adorned with pearls" used "canopies of
feathers and embroidered curtains.
Several
tekat designs are used daily and as the Sultan's official attire. In fact,
the 26th Sultan of Perakwho ruled 1874-1876, Sultan Abdullah Muhammad Syah (II),
had an official dress adorned with gold thread embroidery in daun paku
and daun padi motifs.
The
function of tekat is very limited. it is only used for ceremonial puposes during
a specific function. It is used for weddings, marriage proposals, birth, circumcision,
at the conclusion of the Quranic studies, etc. Among the royal family tekat
is consideredas part of their official dress and everyday ornament.
Not
many people can afford to use tekat as teh basic materials required to
make it are expensive. Tekat takes a long time to make. It is beautiful
and requires careful handling.
taken
from the book "The Traditional Malay Handicraft Design" by Siti Zainon
Ismail.
JAMUAN
' RUMAH TERBUKA ' YKP
GEBANG
SENI BERSAMA TOKOH SENI TEKATAN BENANG EMAS : HAJJAH AZIZAH BIN YUSOF DI RUMAH
YKP
Sekitar
80 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar sekolah, peminat seni, tenaga
pensyarah serta siswa siswi dari Fakulti Fesyen, Uitm Sri Iskandar dan dan Fakulti
Seni & Musik, UPSI Tanjung Malim telah tampil menyokong program 'Gebang Seni'
pada 6 Disember 2003 di Rumah YKP. Program anjuran bersama Yayasan Kesenian Perak
(YKP) dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak (PKKNP) dengan sokongan
Balai Seni Lukis Negara ini cuba mengangkat seni tradisi tempatan setanding dengan
bidang seni rupa yang lain dan telah memberi suatu dimensi baru dari segi apresiasi
keseniannya melalui pembicaraan-pembicaraan yang bersifat akademik dan pensejarahan.
Tokoh
yang diberi penghormatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman seni kali ini adalah
Puan Hajjah Azizah Yusof, seorang penggiat seni yang aktif memperjuangkan seni
tekatan benang emas, tradisi keluarga turun temurun yang telah disambut dan dikembangkan
semenjak beliau berusia 12 tahun lagi. Sekitar tahun-tahun 20an dan 30an, nenek
dan ibunya merupakan tukang tekatan benang emas untuk keluarga Diraja Negeri Perak
dan orang-orang kenamaan ketika itu.
Tekatan
benang emas sesungguhnya amat sinonim dengan negeri Perak. Difahamkan, 'Raja Permaisuri
Perak pada hujung abad ke-19 dikenali sebagai pereka yang kreatif dan mahir dalam
seni kraf. Baginda telah menghasilkan sebahagian besar hasil seni sulaman di Perak
pada akhir abad ke-19' dan 'Sultan Perak yang ke 26 yang memerintah pada 1874-1876
iaitu Sultan Abdullah Muhammad Syah II mempunyai pakaian rasmi yang disulam dengan
tekat bermotifkan daun paku dan daun padi' (Siti Zainon Ismail (1997), The Traditional
Malay Handicraft Design, DBP)
YKP
turut mengundang tokoh budayawan Profesor Madya Dr. Siti Zainon Ismail untuk memperkatakan
tentang konsep serta relevansi tekatan, metafora dan makna-makna yang tersirat
di sebalik penggunaan motif-motif yang lazim tersulam indah pada ornamen berharga
yang sangat eksklusif ini. 'Subject matter' bunga-bungaan seperti cempaka, kenanga
dan melor melalui proses pengembangan ide dan di 'stylise'kan untuk melahirkan
motif-motif yang tidak luput ditelan zaman.
Sempena
menyambut bulan lebaran, YKP turut mengambil kesempatan meraikan para seniman
dan 'Taulan YKP' dengan majlis jamuan hari raya. Sekitar 150 tetamu telah bersama-sama
mengeratkan lagi tali silaturahmi.
Kurator.