PROGRAM ' MENGALIR DARAH SENI '

Acara dengan kerjasama Jabatan Patologi Hospital Ipoh, Dewan Bahasa & Pustaka dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak sempena mengisi TABUNG DARAH HOSPITAL IPOH.

Objektif Program Mengalir Darah Seni :

Dalam keperihatinan kita menobatkan seni dan budaya di dalam aspek kehidupan bermasyarakat, Yayasan Kesenian Perak sebagai salah sebuah organisasi yang turut berperanan mempromosi bidang seni dan budaya, merasakan bahawa adalah amat penting untuk dianjurkan acara sebegini. Majlis dengan kerjasama Jabatan Patologi Tabung Darah Hospital Ipoh, Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mengumpul para penderma dari komuniti seni khususnya bagi menderma kepada Tabung Darah Hospital Ipoh.

Semoga usaha ini mampu memperkasa status komuniti seni yang sedia ada; bertanggungjawab dan prihatin terhadap tuntutan dan keperluan masayarakat sekelilingnya.

Laporan :

Acara Mengalir Darah Seni telah mendapat sambutan baik daripada komuniti seni. Antara seniman yang hadir ialah seperti Tuan Haji Hamdan Yahya, Pengarah Pusat Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Lat (kartunis), Shukri Abdullah, Amirul Fakir, Azizul Fahmi, Hasmi Hashim (penyair), Wan Nor Azlin, Soosan Ho, Hilal Azman (pelakon), The Rezas, Chromatic, Muck (kugiran), Loloq (penulis lirik) dan ramai para penggiat seni dan sastera Perak.

Hampir 50 penderma yang terdiri daripada penggiat serta pencinta seni dan sastera telah menyumbang kepada Tabung Darah Hospital Ipoh. Pihak penganjur telah menyediakan T-Shirt edisi terhad untuk setiap penderma.

Pasar seni telah dijayakan oleh Pustaka Mercu, Persatuan Karyawan Perak, Penerbitan Majalah Siasah dan Akar serta Bodysurf Music.

ATURCARA PROGRAM MENGALIR DARAH SENI

3.00 - 6.00 petang Pasar Seni Dan Acara Menderma Darah
4.00 - 7.00 petang Persembahan

SESSI 1

Persembahan Kugiran CHROMATIC

4.00 petang Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis, Wan Nor Azlin

Bacaan Puisi - Amirul Fakir
"Legasi Sang Perang" karya Amirul Fakir

Bacaan Puisi - Soosan Ho
" Tirani Demi Tirani Sepanjang Abad Ini " karya Baha Zain

Gurindam - Hamdan Yahya
"Gurindam Darah Seni " karya Hamdan Yahya

Persembahan Lagu - KIEYS / CHROMATIC

Bacaan Puisi - Hasmi Hashim
"Tuan Besar" karya Hasmi Hashim
"Agaknya Aku Lembu" karya Hasmi Hashim

SESSI 2

5.00 petang Persembahan Kugiran THE REZAS
Ku Akan Pulang
Tak Guna Kembali
Kenangan Dalam mimpi
Doakanlah

Bacaan Puisi - Loloq
" Senandung Suralaya " karya Loloq

Bacaan Puisi - Azizul Fahmi
"Air Mata Darah" karya Azizul Fahmi

Bacaan Puisi - Shukri Abdullah
" Ah..Mereka" karya Shukri Abdullah

PENGUMUMAN TABUNG DARAH

Persembahan Kugiran The REZAS
Mencari Kepastian
Gembira
Musafir Kelana
Nanana .. Hey hey .. tinggal lah

PENDERMA DARAH PROGRAM

PERSEMBAHAN

PASAR SENI

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design