PROGRAM ' RIBUT AKAL SENI RUPA '

Program " Ribut Akal Seni Rupa Malaysia " telah diadakan pada 22 Mac di Majestic Hotel, jam 3.00ptg - 11.00mlm

Objektif Program Ribut Akal Seni Rupa Malaysia :

Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk menghimpunkan para perupa, pendidik serta tenaga profesional institusi seni tanahair untuk sesi ' brainstorming ' dan wacana berkaitan seni rupa demi membuahkan pembinaan rujukan untuk kemanfaatan semua pihak yang berminat.

Bagi sesiapa yang berminat, silalah menghubungi pihak kami di talian 05-5484150 / fax: 05-5484151

" PERSOALAN SENI RUPA SEZAMAN : SENI NADI BANGSA? "

Seni dikatakan nadi sesebuah bangsa. Seni dianggap dapat membentuk jiwa sesebuah bangsa - bangsa Malaysia. Ada yang berpendapat bahawa sekarang ini kita sedang melalui sebuah tempoh "complacency". Kesannya telah wujud bersamanya konflik 'kekurangan ilmu seni' yang mengakibatkan '…status seniman itu tenggelam dalam khayalan tanpa sebarang makna'. Maka dalam pendidikan seni terpaksa,

'... pelajar-pelajar seni rupa yang prihatin terpaksa belajar sendiri, menuntut dari pandai-pandai yang bilangannya kian berkurangan; ditambah pula dengan kefahaman mereka terhadap seni moden sedikit dangkal, sedikit janggal. Walhasil, seniman-seniman teraba-raba mencari identiti untuk mendefinisikan "Seni Rupa Malaysia". Justeru seminar demi seminar, kolokium berganti simposium, namun konsep kebudayaan nasional masih terus perlu diperjelaskan.'

Nur Hanim Mohamed Khairuddin, 2003

Maka '…wujudnya konflik di mana seniman-seniman di lihat sebagai golongan elitis yg sukar di fahami'. Persoalannya, apa yang menjadi kekangan persoalan ini? Adakah dalam tempoh 'complacency' itu adalah merupakan suatu petanda bahawa telah 'berhenti' seni dari produksi ilmiahnya dan 'hilang'nya bangsa dalam tempoh hilang 'akal'nya itu? Apa yang harus kita lakukan untuk menjana kembali 'nadi' bangsa agar berterusan berdenyut aktif dan produktif agar berterusan bangsa wujud berakal lantas golongan seniman tidak lagi di salah faham?

Ini adalah suatu usaha bagi menjelaskan tanggungjawab seniman kerana teori seni belum lagi mampu terbina sebagai sumber rujukan pembinaan teori seni bangsa.

'Seniman adalah sebahagian daripada masyarakat yang falsafahnya hasil refleksi masyarakatnya dengan harapan supaya seni dapat diberi gambaran oleh seniman dalam memberi input terhadap pembinaan sosiologikalnya pada masyarakat'.

Artis IKEA, 2002

SEBELUM DISKUSI RIBUT AKAL

SEMASA DISKUSI RIBUT AKAL

SELEPAS DISKUSI RIBUT AKAL

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design