PROGRAM RIBUT AKAL II

Ribut Akal II telah selamat dijalankan di Galeri Petronas, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2003. Acara anjuran YKP dengan kerjasama Galeri Petronas ini adalah sekuel kepada program pertama seumpamanya yang dilangsungkan di Ipoh pada bulan Mac 2003. Seramai kira-kira 40 orang seniman dan mereka yang terlibat di dalam dunia seni rupa diundang mengambil bahagian dalam agenda yang diatur untuk meneroka kemungkinan-kemungkinan kreativiti dalam konteks visual.

Antara seniman yang mengambil bahagian adalah SN Datuk Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa, Zakaria Ali, Yeoh Jin Leng, Siti Zainon Ismail, Ahmad Fuad Osman, Liew Kung-yu, Bayu Utomo Radjikin, Tan Sei Hon, Chuah Chong Yong dan Hasnul Jamal Saidon.

Di kesempatan yang sama, aktivis teater Krishen Jit turut menyempurnakan pelancaran buku terbitan YKP bertajuk 'Persoalan Seni Rupa Sezaman?' - Contemporary Visual Arts Discourse, yang menghimpun cetusan-cetusan rasa para peserta Ribut Akal pertama yang dipaparkan secara transkrip verbatim. Beberapa sokongan penulisan oleh seniman yang ikut serta seperti Siti Zainon Ismail, Yeoh Jin Leng, Hasnul Jamal Saidon, Badrolhisham Tahir, Tan Sei Hon dan Nasir Baharuddin turut mengiringi penerbitan dialog diskusi tersebut.

Buku yang terhasil dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara ini boleh didapati pada harga RM 20 dengan menghubungi pihak Yayasan Kesenian Perak.

Antara yang hadir Nasir Baharuddin, Tan Sei Hon, Zulkifli Yusoff, Zakaria Ali, Redza Piyadasa, Syed Ahmad Jamal, Zanita Anuar, Siti Zainon Ismail, Liew Kung Yu dan ramai lagi...

PELANCARAN BUKU PERSOALAN SENI RUPA SEZAMAN OLEH SAUDARA KRISHEN JIT

Saudara Krishen Kit melancarkan penerbitan terbaru YKP : Persoalan Seni Rupa Sezaman ? Contemporaray Visual Arts Discourse.

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design