JOURNEY
TO THE EAST : BEATE ELVIRA RENNER
"
LANDSKAP dan cat air, dua 'jiwa' yang tidak dapat dipisahkan serta diumpamakan
satu medium yang cukup serasi, cat air adalah pilihan pelukis untuk merakamkan
kegiatan manusia di sekelilingnya ".
Md
Sani Md Dom, anak watan kelahiran Umbai, Telok Mas, Melaka, antara anak murid
ulung Idris alam dan Hoessein Enas - yang menjadikan cat air teman perjalanan
meninjau kegiatan manusia. Dengan antara hasil sentuhan emas tangannya, "
Kuala Sungai Buluh', 'Rmah Rakit','Pasar Tani', 'Rumah Hujung Tanjung' dan 'Kenangan'
yang menjadi nostalgia kehidupan manusia dalam mengenal akan diri, ruang, tempat
dan manusia di sekitarnya Md Sani yang mendapat pendidikan dalam bidang ini melalui
kelas lukisan anjuran Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) menjadikan rakaman perjalanannya
sebagai bahan kritikan yang halus dan bermakna. Beliau telah bergerak aktif dalam
arena seni ini sejak berumur 20 tahun lagi. Beliau pernah mengadakan pameran yang
dikelolakan oleh Balai Seni Lukis Negara, Persatuan Pelukis Malaysia, Galeri Petronas,
Galeri Shah Alam dan banyak lagi. alah pada masa kini beliau turut mengadakan
pameran solonya di Galeri Petronas, Suria KLCC.