MALAM GENTA MERDEKA III

Acara MALAM GENTA MERDEKA III anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan DBP Wilayah Utara... bersama-sama zakaria ali/hasnul j. saidon/ ijamala mn/ nor azimah abu bakar/ onie moraza/ chromatic/ bodysurf music/ electro primitive/ noor azizan paiman/ rahmat haron/ masnoor ramli/ ismail hamdan/ amirul fakir/ kartini abd kadir/ bonus!! Rebab: che ahmad omar +teater fizikal - Aida Redza... pada 21 Ogos 2004, jam 8.00 malam bertempat di ruang seni Rumahykp. A pot-pourri of performances : art/poems/culture/happening music/video

Pengisian
-------------------------------------------------------

Muzik/Lagu Asli :

>> Chromatic

Muzik Eksperimental :

>> Bodysurf Music

Muzik Eksperimental/Persembahan Teater Fizikal/Projeksi Video "Talqin buat Mat Bunga" :

>> Electro Primitive (feat. Nur Hanim Khairuddin + persembahan teater fizikal - Aida Redza)

Pojeksi Video :

>> MeREKA Merdeka - Noor Azizan Rahman Paiman

>> Innerself Looking For The Truth - Masnoor Ramli Mahmud

Pojeksi Video/Lagu Puisi :

>> Hasnul Jamal Saidon

Lagu Puisi/Asli/Patriotik :

>> Onie Moraza

>> Shamsul Zakaria

>> Kartini Abdul Kadir

Budaya :

>> Persembahan Solo REBAB - Che Ahmad Omar

Baca/Deklamasi Puisi :

>> Onn Abdullah

>> Amirul Fakir

>> Zakaria Ali

>> Ismail Hamdan

>> Ahmad Rashidi Kharis

>> Sjn. Nor Azimah Abu Bakar

>> Zainal Yaacob

>> Raja Ahmad Aminullah

>> Hamidon Ahmed

>> Ijamala MN

Hadirin
-------------------------------------------------------

MALAM GENTA MERDEKA III
KENYATAAN AKHBAR


Sempena Bulan Kemerdekaan, Yayasan Kesenian Perak dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara menganjurkan Malam genta merdeka III pada 21 Ogos 2004, 8.00 malam, di ruang seninya beralamat: rumahYKP, 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan, 31400 Ipoh, Perak.

Program bercorak kasual ini akan diisi dengan persembahan muzik tradisional dan eksperimental, pembacaan, deklamasi dan nyanyian puisi serta projeksi video seni selain daripada pameran seni rupa. Bacaan dan deklamasi puisi akan dijayakan oleh tokoh sasterawan dan para seniman seperti Zakaria Ali, Siti Zainon Ismail, Onie Moraza, Ijamala MN, Nor Azimah Abu Bakar, Amirul Fakir, Onn Abdullah, Ismail Hamdan, Ahmad Ansor Rivai, Hamidon Ahmed, Ahmad Rashidi Kharis, Zainal Yaakob dan ramai lagi.

Nyanyian puisi akan ditampilkan oleh kugiran Chromatic, Shamsul Zakaria, Hasnul Jamal Saidon dan Kartini Abdul Kadir sementara bentuk puisi eksperimental akan dipelopori oleh kelompok Kakabara dan Electro Primitive. Selain daripada itu, khalayak akan berkesempatan menyaksikan projeksi video seni oleh Masnoor Ramli Mahmud, Nor Azizan Rahman Paiman, Kamal Sabran & Hasnul Jamal Saidon.

Elemen seni rupa akan turut dihadirkan oleh empat pelukis kontemporari- Tengku Azahari, Mokhzaini Mokhtar, Fairus Ahmad Yusuf dan Zaslan Zeeha Zainee sempena Malam genta merdeka III. Pameran bertajuk "SIX DECK" menampilkan karya-karya hasil dari pengalaman yang dikutip semasa program 'Kembara Meniti Arus Bahtera Bayu' anjuran persatuan penulis PINTAR; yang memerlukan mereka mengikuti pelayaran bersama kira-kira seratus para penulis, penyair dan seniman baru-baru ini.

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design