PAMERAN
LAHAR JIWA

Pameran
Lahar Jiwa : Karya-karya terkini oleh [recent works by] Fairus Ahmad Yusof, Tengku
Azhari Tengku Azizan, Hasanul Isyraf Idris, Kairul Azuwan Ishak, dan Sarudian
Mohmin. Pameran berlangsung hingga 30 April 2004 di Rumahykp, Ipoh. Waktu pameran
: (Isnin - Jumaat) 9.30 pagi - 5.00 petang, kecuali cuti umum [except public holidays].
Pameran
ini adalah pameran seni yang pertama dijalankan di Rumahykp pada tahun ini. Terima
kasih kepada pihak Balai Seni Lukis Negara khusus kepada Ketua Pengarahnya Puan
Wairah Marzuki kerana telah menaja fasiliti untuk pelaksanaan pameran dan juga
kepada Redza Piyadasa di atas kesudian beliau merasmikan pameran. Seramai lima
pelukis muda yang sedang membina nama diundang untuk mempamerkan bakat serta kreativiti
mereka di dalam pameran ini. LAHAR JIWA mewakili gelodak hati seniman yang
senantiasa bertarung untuk menempuhi perjalanan seni mereka yang masih jauh dan
penuh kemungkinan.
"Kemungkinan-kemungkinan
yang berlaku daripada pengalaman ini dikutip dan difailkan sebagai rujukan diri
kepada pernyataan proses hidup untuk melihat semula kemungkinan-kemungkinan yang
lain sama ada pasti, benar atau realitinya. Bagaimana untuk menerimanya sebagai
sebahagian daripada kehidupan anda atau hanya sekadar menjenguknya secara sedar
atau sinis"
Kenyataan
tersebut telah diangkat dari karya Fairus Ahmad Yusof yang bertajuk 'Semangat
Diri; Lahar Jiwa Yang Merata'. Karya bersifat instalasi (seni pemasangan) yang
mempersoalkan tentang pengalaman hidup yang dikutip sudah pasti mendewasakan setiap
individual tersebut. Mencapai satu tahap walaupun sedikit. Ia (walaupun tanpa
disedari) telah mengubah persepsi diri dalam mengadaptasi sesuatu. Beliau yang
melakarkan wajah-wajah dirinya sengaja membiarkan karya tersebut di bawah terik
mentari dan hujan supaya dimamah keadaan serta waktu. Secara peribadi beliau berpendapat
bahawa perubahan yang terjadi bukanlah sesuatu yang dirancang, sebagaimana sebuah
realiti kehidupan dan esok bukan satu kepastian.
Seangkatan
dengan Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan yang baru sahaja menamatkan
pelajaran lanjutan beliau di Australia dan kini bertugas sebagai pensyarah di
Universiti Sains Malaysia (USM), turut menampilkan karya yang agak unik dari kebiasaan.
Tengku
Azhari, melalui karyanya yang bertajuk 'New Adventures in Hi Fi>the answer
to Micheal Stipe's Misinterpreted proclamation' cuba bermain dengan proses pendengaran
manusia. Dengan menggunakan system audio, audien diundang (atau atas rasa ingin
tahu) mendengar melalui headphone yang disediakan dan menghayati bunyi-bunyian
yang dihasilkan sendiri olehnya. Karya tersebut yang berfungsi mencetus pengalaman
bunyi dalam diri mampu menghasilkan imajan yang pelbagai berdasarkan pengalaman
masing-masing. Signifikan dari segi estetik yang dihasilkan dari bunyi elektronik
yang diubahsuai akan mempamerkan keindahan tersendiri, mengandungi kepelbagaian
kapasiti dalam menghasilkan visual.
Sifat
sensitiviti dan keperihatinan yang menebal terhadap alam sekitar amnya merupakan
tema utama yang dibawa oleh Sarudian Mohmin dan Khairul Azuwan Ishak. Sarudian
Mohmin cuba menampilkan imajan berdasarkan memori beliau semasa kecil. Imej hidupan
air telah dilakar secara semi abstrak dan diatur dengan komposisi yang menarik.
Khairul Azuwan Ishak pula lebih senang melukis imej dedaunan dalam 'Siri Daun
Kering'nya. Beliau yang mahu berinteraksi secara terus dengan audien menegaskan
bahawa, "cahaya, bentuk, suasana, jalinan dan warna alam sentiasa memberi
kesan yang mendalam yang tidak ternilai harganya"
Hasanul
Isyraf Idris pula mempamerkan dua karya sirinya yang bertajuk 'Siri Selak #6 dan
Siri Selak #29 dalam Pameran Lahar Jiwa ini. Imej gunting yang mendominasi keseluruhan
karya menimbulkan perasaan tertanya-tanya para pemerhati yang rata rata mengaitkan
karya tersebut dengan peribahasa melayu lama iaitu, "seperti gunting dalam
lipatan'. Bagaimanapun, pendapat itu makin relevan dengan teknik selak pada permukaan
kanvas dan penyataan artis itu sendiri, " ketrampilan
luaran tidak semestinya menjamin nilai dalaman yang sebenar"
Pada
pameran ini, audien dihidangkan dengan kelainan bentuk, aliran dan pemahaman dalam
penghasilan karya seni. Kepelbagaian ini dapat dilihat pada setiap karya yang
menampilkan medium yang berbeza antara satu sama lain seperti instalasi, new media
dan lukisan konvensional. Namun, perbezaan medium tersebut tidak menjarakkan atau
mendominasikan setiap karya yang terpamer malah karya tersebut dapat memberi impak
atau pengertian yang agak mendalam pada audien berdasarkan konsep tema artis terlibat.
Zaslan
Zeeha Zainee
Kurator Pameran
KURATOR
PAMERAN LAHAR JIWA BERSAMA SEBAHAGIAN ARTIS

Dari
kiri Fairus Ahmad Yusof, Khairul Azuwan Ishak, Tengku Azhari Tengku Azizan dan
kurator pameran Zaslan Zeeha Zainee.
Tengku
Azhari Tengku Azizan
New adventures in hi_fi the answer to Michael
Stipe's misinterpreted proclamation
Soundpiece
Dimensi pelbagai
2003
Fairus
Ahmad Yusof
Semangat Diri; Lahar Jiwa Yang Merdeka
Campuran
Dimensi
pelbagai
2004
Sarudian
Mohmin
Imajan from the rainforest
Campuran
2004
Khairul
Azuwan Ishak
Siri
catan daun kering
Cat minyak
2003
Hasanul
Isyraf Idris
Siri #6 Selak
Campuran
2004

PERASMIAN
LAHAR JIWA OLEH REDZA PIYADASA

PAMERAN
LAHAR JIWA
ACARA
SANTAI LAHAR JIWA