PERASMIAN
PAMERAN 'DANAU HATI'

Pameran
Seni Cat Air [Water Color Exhibition] 'DANAU HATI' telah dirasmikan oleh
YB Dato' Haji Nadzri bin Haji Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi
yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Warisan, Belia &
Sukan pada 8hb Mei 2004, bertempat di rumahYKP, Ipoh.
Pameran ini merupakan pameran karya-karya 4 orang pelukis yang berasal dari negeri
Perak iaitu :
Mansor Ghazalli, Loo Win, Hamdan Shaarani & Koh Shim Luen.
Ucapan
Pelancaran Pameran Seni Cat Air yang telah dibacakan oleh YB Dato' Haji Nadzri
bin Haji Ismail;
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertama-tama
sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas pertemuan kita
pada malam ini. Semoga acara ini diberkati Allah swt dan tidak banyak sedikit
dapat menyumbang kepada keharmonian silaturrahim sesama kita di dalam konteks
seni dan budaya.
Ucapan
jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Kesenian Perak kerana telah sudi memberi
peluang kepada saya untuk mendekati dan mengenali dengan lebih rapat, salah satu
bidang yang tidak kurang pentingnya di dalam perkembangan seni dan budaya tanahair-
seni tampak.
Perkembangan
seni tampak ataupun seni visual tempatan sememangnya tidak boleh dipertikaikan
kecemerlangannya. Negeri Perak adalah antara negeri-negeri yang banyak membuahkan
para artis visual yang disegani. Nama-nama hebat antaranya seperti Raja Shahriman,
Yeoh Jin Leng, Ramlan Abdullah, Lat, Sharmiza Abu Hassan, Juhari Said dan Choong
Kam Kow, seringkali dilihat mengharumkan nama negara di persada dunia seni visual
samaada di peringkat nusantara mahu pun antarabangsa. Kini, muncul pula para pelapis
yang berpotensi dan sedang membina nama antaranya seperti Fairus Ahmad, Kamal
Sabran, Saiful Razman dan Mokhzaini Mokhtar.
Yayasan
Kesenian Perak sejak penubuhannya pada tahun 1996, merupakan salah sebuah organisasi
yang sangat aktif memperjuang serta mengangkat seni dan budaya tempatan. Kemasyhuran
Festival Pekan Seni Ipoh yang dianjurnya turut berupaya menjangkau perhatian para
penggiat seni dari negara-negara luar dan telah banyak menyumbang dan mengangkat
nama Negeri Perak Darul Ridzuan di kacamata dunia seni. Harapan saya, agar pihak
Yayasan Kesenian Perak tidak akan jemu menyumbangkan khidmat mereka dalam menggerakkan
seni dan budaya di negeri Perak. Walaupun mungkin terpaksa mengharungi keterbatasan-keterbatasan
tertentu, kejujuran dan pengorbanan yang ditanam demi pertumbuhan seni sudah tentu
memutikkan kepuasan tersendiri yang tidak boleh dijualbeli. InsyaAllah berkat
kesabaran dan sokongan ramai, saya percaya pada akhirnya Yayasan Kesenian Perak
bakal mencapai target dan objektif pelaksanaannya untuk memasyarakatkan seni.
Untuk
pameran seni pada kali ini, empat orang pelukis tempatan yang sudah lama berkecimpung
di dalam arena ini memaparkan karya-karya mereka. Pelukis Mansor Ghazalli, Loo
Win, Koh Shim Luen dan Hamdan Shaarani merupakan pelukis yang aktif dan prolifik
di dalam pengkaryaan mereka. Pameran ini adalah dokumentasi hasil pengalaman dan
interpretasi mereka tentang warisan alam yang sering bermain di lubuk hati masing-masing.
Saya mengucapkan syabas dan selamat berkarya kepada keempat-empat orang pelukis
ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
PAMERAN DANAU HATI .
 | Keratan
akhbar yang diangkat dari The Star, Isnin, 17 Mei 2004. |
Antara
hadirin
Melawat
Pameran




Acara
Santai
Antara
pelukis Pameran Danau Hati
Koh
Shim Luen, Hamdan Shaarani & Loo Win.
Antara
karya pameran
BIODATA
PELUKIS

Tuan
Haji Mansor Ghazalli
Tarikh
Lahir : 6 Julai 1931
Tempat Lahir : Bukit Chandan,
Kuala Kangsar.
Pekerjaan
:
-Sek.
Melayu Bukit Chandan selepas Peperangan Dunia II menuntut di Sek. Clifford Kuala
Kangsar.
-1952, Latihan Perguruan di Johor.
-1961, mengikuti kursus senilukis
di Maktab Perguruan Ilmu khas dan diikuti dengan kursus lanjutan dalam bidang
yang sama di Brighton College of Art.
Pameran
:
Pameran
di luar negara :
Pameran secara berkumpulan melalui Persatuan Pelukis seMalaysia
dan Persatuan Cat Air Malaysia di Thailand, Indonesia, Taiwan, Korea, Hong Kong,
Singapura, dan Sweeden.
Pameran
Tempatan :
Pameran secara berkumpulan melalui Yayasan Kesenian Perak, Persatuan
Cat Air Malaysia dan Angkatan Pelukis seMalaysia.
Anugerah
:
1950
- hadiah dari GPMS, di kurniakan oleh DYMM Al-Marhum Sultan Yusuf.
1952 - hadiah
Negeri Johor di sampaikan oleh Sir Melcom MacDonald.
1961 - hadiah kecemerlangan
dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
1984 - hadiah kedua dari KEJORA Johor.
1985
- hadiah pertama anjuran Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Men. Chung Hwa, Johor.
1986
- Anugerah Guru Aktif dalam Kesenian Daerah Batu Pahat.
1991 - Anugerah Kecemerlangan
dari Persatuan Cat Air Johor.
1998 - Anugerah dari Yayasan Kesenian Perak,
disampaikan oleh YAB Dato' Sri Tan Seri Dr. Ramli Ngah Talib.

Koh
Shim Luen
Born : 2 May 1952
Education
:
1980
- Maktab Perguruan
Ilmu Khas (Pendidikan Seni)
1983 - Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, B.A Honours (Fine Art)
Exhibition
:
1981
- Weaving Exhibition, One-woman Show, Jaro Art and Craft Center
1982 - Weaving
Exhibition, One-woman Show, British Council, K.Lumpur
1983 - Weaving Exhibition,
One-woman Show, Muzium & Gallery, P.Pinang
1984 - Annual Show, Muzium &
Gallery, P. Pinang
1985 - Invitation Show, PinangThe Selangor Chinese Assembly
Hall, Kuala Lumpur
1986 - Invitation Show, Persatuan Pelukis Malaysia, K.Lumpur
1987
- Pameran 'INSPIRASI', Muzium & Gallery, USM, Pulau Pinang
1988 - Malaysian
Biannual Watercolor Exhibition, Australia High Com., K.L
1989 - Annual Art
Exhibition, Balai Seni Lukis Negara, K.L
1990 - Perak Art Show, Casuarina Hotel,
Ipoh, Perak
1991 - Pameran Lukisan Pelukis-Pelukis Wanita Malaysai/Indonesia,
Jakarta, Indonesia
1992 - Invitation Show, Bank Negara, Kuala Lumpur
1993
- Asian Watercolor Show, Bali, Indonesia
1994 - Malaysian Watercolor Show,
Galeri Petronas, K.L
1995 - Asian Watercolor Show, Bangkok, Thailand
1996
- Asian Watercolor, Hong Kong
1997 - 'Beautiful Malasia' Watercolor Show, Malmo,
Sweeden
1998 - Invitation Show, Belgium
1999 - Invitation Show, Pekan Seni
Ipoh, Art Festival, Ipoh, Perak
2000 - Outdoor, Painting & Sketching New
Delhi, Agra, India.
2001 - Malaysian & Indian Images exhibition, BSLN
2002
- MWO AnnualWtercolor Show Shihwen & Kim Hai Art Gallery Malacca
2003 -
'KampungKu' Watercolor Art Exhibition
2004 - 'Danau Hati' Pameran Seni Cat
Air (Yayasan Kesenian Perak)

Hamdan
Shaarani
Born
: 25 October 1967
Place of Birth : Perak
Education
:
B.A
in Fine Art (1995), UiTM
BA of Fine Art (hons) 2001, UiTM
Exhibition
:
1991
- Estetika 91, Kedah Open Show, Kedah Gallery
1992 - Malaysian Open, National
Art Gallery, KL
1993 - Cetusan Rasa, Amal Bosnia-Somalia dan kanak-kanak cacat
Selangor, Shah Alam Gallery.
1994 - Diploma Show 94, Shah Alam gallery
1995
- Lembaran 95, PPM, Petronas Gallery
1996 - Group Show, Inspiration- 1 Metro
Art and Isetan Gallery
1997 - Oasis in astorm, Petronas Gallery
Group Show
- To Draw, ITM Galllery
1998 - Sentuhan Perak Yayasan Kesenian Perak and Maybank
Gallery
Phillip Morris Group of Companies, ASEAN art Award, National Art Gallery
1999
- Pameran Kenyir, Eco-Fest 99, Terengganu
Seni dan Budaya Pada Alaf Baru,
Festival Pekan Seni Ipoh IV
2000 - Young Contemporary, National Art Gallery
2001
- ILHAM, Shah Alam Gallery.
Awards
:
1997
- Consolation Prize, Water Color Competition, Landskap dan Senibina Indah Selangor,
Shah Alam Gallery
1998 - Honourable Mention, The Phillip Morris Group of Companies.
1999
- First Prize, "Pameran Kenyir Eco-Fest 99, Art Competition Pengkalan Gawi,
Kenyir Lake, Terengganu
2000 - Consolation Prize, 'Formula Malaysia Contest
- Public Level

Loo
Win
Tarikh Lahir : 20 Disember 1945
Tempat Lahir : Sungai Siput
Pendidikan
:
SPM,
[belajar sendiri]
Self-taught
Anugerah
:
Ahli
jawatankuasa Perak Art Society. Contemporary Malaysian Water colorists Association
Pameran
:
1970
- 1996, Pameran Perak Art Society
1985, 1988, 1994, National Art Gallery Creative
Centre Group Shows
1994 9th International Water Color Exhibition of Asia in
Shanghai
1995 10th International Watercolor Exhibition of Asia in Tian Jian.
1993
- 1995 Contemporary Malaysian Water Colorists Association annual shows.