AKTIVITI 2008

Malam Pesta Jiwa
22 Ogos 2008, RumahYKP

Tayangan & Diskusi Filem
20 Jun 2008, RumahYKP

Gebang Seni : Mamat Khalid
30 Mei 2008, RumahYKP

Gebang Seni : Khalid Salleh
01 Mac 2008, RumahYKP

 

AKTIVITI 2007

The Independence Project
12 December - 10 February 2007, Galeri Petronas, KLCC

Art Talk on Curatorial Projects by Roopesh Sitharan
27 Ogos 2007, RumahYKP..

Bengkel Senilukis bersama Fathul
Bengkel Senilukis anjuran YKP dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak telah berlangsung pada 7 April 2007 di RumahYKP.

Lawatan Seni The National Museum of Modern Art, Tokyo ke YKP
Pertemuan dengan beberapa orang seniman tampak sekitar Perak dalam usaha memperluaskan jaringan serta membuat tinjauan khas untuk projek seni pada tahun 2008 di Jepun pada 30 Mac 2007.

Pameran untuk Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara (BSLN)
YKP telah bertindak sebagai pusat pengumpulan karya-karya proposal untuk Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada 25 Mac 2007.

 

AKTIVITI 2006

Malam Genta Seni
Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) telah menganjurkan acara Malam Genta Seni di Rumah YKP pada 9 Disember 2006

Kem Seni & Kraftangan (SERAF)
Program bersama fasilatator jemputan dari Muzium dan Galeri Seni USM, Mansor Haron aka Sutex dan pembantu fasilitator Fairus Ahmad, Ilham Fadhli dan Azliza Ayob untuk menyumbang pendidikan asas seni dan kraf, berlangsung dari 6-8 Disember 2006, di Rumah YKP.

Gebang Seni Ahmad Fuad Osman
Ahmad Fuad Osman berkongsi pengalaman seninya sepanjang menjalani program 'seniman tamu' di Korea selama setahun serta menyampaikan informasi terkini tentang suasana seni tampak di sana berlangsung pada 14 Oktober 2006 di Rumah YKP, Ipoh.

Malam Melayu Kala
YKP telah diundang mengambil bahagian di dalam acara Malam Melayu Kala anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak pada 27 Ogos 2006 bertempat di Kampus Sri Iskandar, Perak.

Art Talk with Jay Koh and Chu Yuan
Gebang Seni bersama artis Jay Koh dan Chu Yuan berlangsung pada 28 Julai 2006 di rumahykp dengan tajaan bersama Lat dan Muzium & Galeri USM Penang.

Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2006
Anjuran bersama Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Perak dengan GAPENA telah berlangsung pada 20 Ogos 2006 di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.

 

AKTIVITI 2005

Pameran TAKUNG
Pameran berlangsung dari 31 Jan - 20 Mac 2005, di Galeri 3A, Balai Seni Lukis Negara. Prof. Dr. Ibrahim Komoo, Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia telah merasmikan Pameran Takung pada 15 Februari 2005, jam 5.00 petang di Galeri 3A, Balai Seni Lukis Negara .

Dialog Seni : Pameran TAKUNG
5 Mac 2005, 11 pagi, Balai Seni Lukis Negara. Dialog Seni sempena Pameran TAKUNG yang sedang berlangsung di BSLN, bersama Dr. Ibrahim Komoo, Dr. Wan Zawawi, Hasnul Jamal Saidon dan Raja Ahmad Aminullah - dengan topik-topik yang menyentuh tentang 'Sustainable Development' dari sudut geologi, sosiologi dan seni.

Tayangan & Apresiasi Filem El Mariachi
Bersama Abror Rivai & Haris Zalkapli, Jumaat 25 Mac 2005, di rumahykp + Ekstra : Filem Pandek Ballad of The Last Balut + Dokumentari : METALLICA 'Some Kind of Monster'.