SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2006

Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2006 anjuran bersama Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Perak dengan GAPENA telah berlangsung pada 20 Ogos 2006 di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.

Sebelas orang peserta termasuk seorang 'johan menanti' mengambil bahagian. Panel hakim terdiri daripada Encik Razali Yusof (GAPENA) sebagai Ketua Hakim, dan Tuan Haji Fahmi Hashim (LEPAS) dan Encik Solihin Osman (UiTM).

Keputusan adalah seperti berikut:

Johan : Encik Suhaimi Zubir
(Puisi 'Taman Merdeka' karya Ratna Laila Shahidin)

Naib Johan : Encik Mustafa Kamal bin Mohamed Hashim
(Puisi 'Kota Perjuangan' karya Zurinah Hassan)

Ketiga : Encik Azmi bin Ismail
(Puisi 'Jamung Merdeka' karya Razali Mohd Yussof)


YKP turut sama terlibat di dalam segmen persembahan selingan dengan menampilkan kumpulan muzik CHROMATIC dan penyanyi lagu 'folk' yang tidak asing lagi MEOR YUSSOF AZIDDIN.


MEOR YUSOF AZIDDIN atau MEOR dilahirkan di Bruas. Mula serius bermain muzik dan mencipta lagu sejak tahun 1994. Sudah menerbitkan album sendiri sebanyak 4 album. Aktif dalam program hiburan yang bercorak kesenian di sekitar Kuala Lumpur.

Terbaru, Meor telah diundang menjayakan program 'Singer Songwriter' di Kuala Lumpur, yang mendapat tajaan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


CHROMATIC ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Adlin, Tan dan Muhamad. Berkonsepkan musik akustik. Berpengalaman bermain muzik di perbagai tempat dan kelab di bandar Ipoh.
Pemuzik
1. Midan Jan Ali(Tan) - Gitar
Pemuzik bebas dan mengajar - Lebih 25 tahun bermain gitar dan pernah
bermain serata tempat di Malaysia. Sekarang lebih memberi tumpuan sebagai
pemusik undangan dan mengajar.
2. Adlin Azam Dzulkifli - Gitar
Pemuzik bebas - Bermain muzik sebagai hobi sebelum menubuhkan Chromatic.
Kini bekerja di Selangor di sebuah syarikat swasta.
3. Muhamad Jan Ali - Gitar
Bermain gitar didalam Kombo Selendang Perak. Berpengalaman lebih 20
tahun
sebagai pemuzik dan telah bermain diserata tempat di Malaysia. Boleh
bermain
perbagai jenis dan rentak muzik. Juga berpengalaman sebagai pengajar.
4. Mohd Saljana Ngah Jaharah(Kiey)
Pernah menjadi penyanyi terbaik pertandingan Asiabeat anjuran Yamaha
Muzik
tahun 2003/2004. Sekarang sebagai pengurus 'Evolution Music Studio' di
bandar Ipoh. Juga masih bernyanyi dikelab-kelab di Ipoh.
5. Mohd Azizi Abd Aziz(Dino) - Percussion
Mula bermain drum pada tahun 1979. Pernah bermain dengan RTM Ipoh 1985.
Masih bermain dikelab-kelab di bandar Ipoh.Juga berpengalaman sebagai
pengajar.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design