MALAM
MELAYU KALA
YKP
telah diundang mengambil bahagian di dalam acara Malam Melayu Kala
anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak pada 27 Ogos 2006 bertempat
di Kampus Sri Iskandar, Perak.
Sekumpulan seniman ditampilkan YKP untuk sama-sama menjayakan program
yang diatur sempena Festival Kemerdekaan (FESKEM) bermula 25-30
Ogos 2006. Ahli-ahli Badan Budaya Perak mempersembahkan tarian tradisional
(Dabus, Zapin, Joget dan Sirih Pinang) sementara elemen perpuisian
dipersembahkan Ansor Rivai melalui deklamasi sajak-sajak Raja Ahmad
selain Shamsul Zakaria mengalunkan lagu-lagu puisi yang begitu memberi
kesan. Penyair radikal Amirul Fakir turut beraksi dengan deklamasi
sajak selaras putaran video 'Darah dan Daging' karya Kamal Sabran.
