P Q
MALAM PESTA JIWA

Program merakyatkan seni, Malam Pesta Jiwa telah berlangsung di Rumah YKP pada 22 Ogos 2008.

Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat independent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa. Program yang diilhamkan oleh Meor Khairol Nizam dan Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Adha Effendy, Syed Muhammad Sharif, Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak.

Semua seniman yang bergerak secara independent (indie) dan mengetengahkan karya-karya seni yang bersifat rakyat, perjuangan dan isu-isu semasa dengan nilai-nilai yang membina. Apa yang lebih membanggakan bahawa seniman undangan ini mempersembahkan karya ciptaan sendiri dan berbentuk kerohanian (spiritual) dalam mendidik.

Antara seniman yang terlibat adalah seperti Suhaimi Hj Muhammad, Meor Yusof Aziddin, Pyanhabib, Hishamuddin Rais Black, Rahmat Haron, Azmyl Yunor, Lantera Jiwa, Airmaz, Hasnul J Saidon dan Nan Blues

 

 

 

 

KEMBALI KE MENU

 

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2008 Yayasan Kesenian Perak |