ARKIB YKP

1. Aktiviti 2002
--------------------------------------------------

2. Aktiviti 2003
--------------------------------------------------

Gebang Seni ini adalah mengenai pembentangan kertas kerja Prof. Madya Dr. Zakaria Ali yang bertajuk " Titik-Titik Perkembangan Senilukis Malaysia Moden ".

22 Feb 2003, 3.00 ptg - 7.00 mlm : Program " Mengalir Darah Seni "

Acara dengan kerjasama Jabatan Patologi Hospital Ipoh, Dewan Bahasa & Pustaka dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak sempena mengisi TABUNG DARAH HOSPITAL IPOH.

22 Mac 2003, 3.00 ptg - 11.00 mlm : Program " Ribut Akal Seni Rupa "

Bertempat di Majestic Hotel Ipoh. Objektif pelaksanaan program : untuk menghimpunkan para perupa, pendidik serta tenaga profesional institusi seni tanahair untuk sesi ' brainstorming ' dan wacana berkaitan seni rupa.

12 April 2003, 3.00 ptg : Pelancaran Antologi Anti-Perang ' Lakaran & Puisi '

Pelancaran Antologi Anti-Perang -Lakaran & Puisi telah selamat dilangsungkan pada 12 April 2003 bertempat di Rumah YKP.

26 April 2003, 3.00 ptg : Gebang Seni Suhaimi Haji Muhammad

Penyair dan penulis prolifik yang menerima anugerah SEA WRITE AWARD (1995) ini, akan membicarakan topik " Karya Kesusasteraan Yang Formal Dan Yang Transcendental".

10 Mei 2003, 3.00 ptg : Gebang Seni bersama SN. Prof. Muhammad Hj. Salleh

Tokoh Sasterawan Negara dan penyair yang menjadi kebanggaan Malaysia serta terkenal dengan pemahaman luas beliau dalam teori-teori kritikan baru ini akan berkongsi ilmu dan pengalamannya.

7 Jun 2003, 3.00 ptg : Gebang Seni Hasnul Jamal Saidon

Hasnul Jamal Saidon menerima Ijazah Seni Halus dari UiTM, BFA Catan dari Universiti Southern Illinois, USA dan Sarjana Seni Elektronik dari Institut Teknologi Politkenik Renselaer, USA. Pendekatan multidimensi dan terbuka Hasnul digunakan untuk membawa dirinya dan penonton kepada titik pertemuan antara seni halus, teknologi dan konvensi sosial. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di USM.

5 Julai 2003, 8.45 mlm : Tayangan & Wacana Seni filem Independen GEDEBE

Tayangan & wacana seni filem independen GEDEBE Pengarah NAM RON (Pelakon utama PALOH) Penerbit AMIR MUHAMMAD (Penulis & Pengkritik sosial) Penerbit Eksekutif THE ROSIHAN BROTHERS (Dhojee & Juara) & LEMAN Pengarah Fotografi JAMES LEE

9 Ogos 2003, 9.30 pg : Ribut Akal II dan 5.30 ptg : Pelancaran buku Persoalan Seni Rupa Sezaman oleh Saudara Krishen Jit

Ribut Akal II telah selamat dijalankan di Galeri Petronas, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2003. Acara anjuran YKP dengan kerjasama Galeri Petronas ini adalah sekuel kepada program pertama seumpamanya yang dilangsungkan di Ipoh pada bulan Mac 2003.

22 - 23 Ogos 2003 : Genta Merdeka II

Genta Merdeka 2 telah selamat dijalankan di Rumahykp . Acara anjuran YKP dengan kerjasama Galeri Petronas ini adalah sekuel kepada program pertama seumpamanya yang dilangsungkan di Ipoh pada bulan Mac 2003.

1 - 31 Oktober 2003 : Pameran SAKSI

Pameran Seni Rupa SAKSI : Satu Apresiasi Sejarah Melalui Seni bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada 1-31 Oktober 2003. Masa: (Isnin) 2 petang- 7 malam (Selasa-Rabu) 10 pagi - 7 malam (Ahad) 9 pagi - 1 tengahari Tutup: Cuti Umum termasuk Sabtu pertama dan ketiga.

22 Oktober 2003 : Gebang Seni bersama Emha Ainun Nadjib serta Konsert Gamelan Kiai Kanjeng

Gebang Seni bersama penyair Indonesia Emha Ainun Nadjib bertempat di Rumahykp, 22 Oktober 2003 jam 3.00 ptg & Konsert Gamelan Kiai Kanjeng di YMCA, Ipoh jam 8.30 mlm pada 22 Oktober 03.

6 Disember 2003 : Gebang Seni bersama Tokoh Seni Tekatan Benang Emas Puan Hjh Azizah Mohd Yusof

Gebang Seni bersama Puan Hjh Azizah Mohd Yusof, Tokoh Seni Tekatan Benang Emas. Bertempat di rumahykp, jam 2.00-4.00 ptg pada 6 Disember 2003

3. Aktiviti 2004
--------------------------------------------------

10 Januari 2004 : Dialogue with Tengku Sabri at Rumah Air Panas

Pameran 'Inside : Continued Lessons' oleh Tengku Sabri Tengku Ibrahim berlangsung di Rumah Air Panas sehingga 17 Januari 2004. Dialog bersama artis akan diadakan pada 10 Januari 2004 (Sabtu).

28 Februari 2004, 3.00 ptg : Gebang Seni Bersama Matahati Art Group & Gelaran MIFA (pelukis undangan dari Jogjakarta)

Bersama Bayu Utomo Radjikin, Hamir Soib, Masnoor Ramli Mahmud, Ahmad Shukri Mohamad, Agus Purnomo, Yaksa Agus Widodo, Januri, Eddy Sulistyo.

28 - 29 Februari 2004 : EKSPLORASI SENI, Tasik Banding

Seramai 29 orang artis visual tanahair terlibat dengan program Eksplorasi Seni Tasik Banding, Grik baru-baru ini. Program anjuran YKP ini dilaksanakan dalam usaha merangkum perbagai ide seni, sokongan dan inisiatif artis tanahair.

6 Mac 2004 : Bengkel 'Jom Cetak T-shirt' oleh Fauzi Sedon

Bengkel asas cetakan bersama pelukis seni cetak M. Fauzi Sedon @ M . Dom (Pensyarah Fakulti Seni & Musik, UPSI)

10 April 2004 : Perasmian pameran LAHAR JIWA

Karya-karya terkini oleh [recent works by] Fairus Ahmad Yusof, Tengku Azhari Tengku Azizan, Hasanul Isyraf Idris, Kairul Azuwan Ishak, dan Sarudian Mohmin. Pameran berlangsung hingga 30 April 2004 di Rumahykp, Ipoh.

10 April 2004 : Gebang Seni bersama REDZA PIYADASA

Sejarahwan seni, pelukis dan pengkritik seni Redza Piyadasa bergebang dirumahykp selepas merasmikan pameran LAHAR JIWA.

24 April 2004 : Gebang Seni bersama Marsli N.0, pada jam 3.00 - 5.00 petang di Rumahykp

Sasterawan dan aktivis teater ini akan berkongsi pengalaman beliau serta membicarakan tentang permasalahan dan kelangsungan hayat kumpulan teater dengan " Sejauh mana teater mempengaruhi persembahan puisi di pentas & pengkaryaan karya-karya sastera ".

24 April 2004 : Malam Lahar Jiwa pada jam 8.00 malam di Rumahykp

MALAM LAHAR JIWA [acara bacaan, puisi, dekon, sketsa dan nyanyian lagu-lagu puisi] pada jam 8.30 malam, 24 April 2004 di Rumahykp. Antara artis yang terlibat : Marsli N.O, Suhaimi Haji Muhammad, Shuhaimi Zubir, Onn Abdullah, Kartini Abdul Kadir, Rahmat Haron & Ahli Kumpulan Badan Budaya Perak.

7 Mei 2004 : Poetry reading by Christopher Merill & Eddin Koo at Rumahykp

A session of poetry reading by Christopher Merill and Eddin Khoo on 7th May 2004 , Friday, 9.00 pm at rumahYKP.

8 Mei 2004 : Perasmian Pameran Danau Hati

Pameran Seni Cat Air [Water Color Exhibition] 'DANAU HATI' telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Nadzri bin Haji Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Warisan, Belia & Sukan pada 8hb Mei 2004, bertempat di rumahYKP, Ipoh. Pameran ini merupakan pameran karya-karya 4 orang pelukis yang berasal dari negeri Perak iaitu : Mansor Ghazalli, Loo Win, Hamdan Shaarani & Koh Shim Luen.

15 Mei 2004 : Bicara Seni & Bengkel Cat Air bersama Md Sani Md Dom

Bertempat di Balai Seni Lukis Negara, pada jam 10.00 pagi - 4 petang. Dalam program ini, peserta didedahkan dengan teknik-teknik dan pewarnaan dalam penghasilan karya menggunakan media cat air. Program ini dikelolakan dengan kerjasama antara Balai Seni Lukis Negara dan Yayasan Kesenian Perak.

16 June 2004 : Journey to the East - Beate Renner in Perak

Art Talk 'Journey To The East' by the French artist, Beate Elvira Renner at RumahYKP, 8.30 pm, 16th June 2004.

1 Julai 2004 - 18 Julai 2004 : Pameran Immersion [Eksplorasi Tasik Banding]

Pameran berlangsung di Galeri MAYA, Bangsar dan akan dirasmikan pada Khamis, 1 Julai 2004 jam 8.30 malam oleh Y.B Dato' Dr. Zambry b. Abd Kadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Negeri Perak.

21 Ogos 2004 : Malam Genta Merdeka III

Acara MALAM GENTA MERDEKA III anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan DBP Wilayah Utara... bersama-sama zakaria ali/hasnul j. saidon/ ijamala mn/ nor azimah abu bakar/ onie moraza/ chromatic/ bodysurf music/ electro primitive/ noor azizan paiman/ rahmat haron/ masnoor ramli/ ismail hamdan/ amirul fakir/ kartini abd kadir/ bonus!! Rebab: che ahmad omar +teater fizikal - Aida Redza... pada 21 Ogos 2004, jam 8.00 malam bertempat di ruang seni Rumahykp. A pot-pourri of performances : art/poems/culture/happening music/video

20 Ogos - 20 September 2004 : Pameran 6DECKS

6DECKS - Pameran kolektif oleh 4 orang artis muda visual tanahair, Zaslan Zeeha Zainee, Fairus Ahmad Yusof, Mokhzaini Hairim Mokhtar dan Tengku Azhari Tengku Azizan bersempena dengan Malam Genta Merdeka 3.

25 Ogos - 28 Ogos 2004 : Festival Kesenian Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2004

Yayasan Kesenian Perak telah bergabung dengan Balai Seni Lukis Negara untuk pelaksanaan Festival Kesenian Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2004, bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

11 September 2004 : Gebang Seni bersama Seniman Indonesia

Menampilkan pembacaan puisi & cerpen, serta dialog "Sastera & wanita" oleh Wawan Sofwan dan 3 penulis wanita dari Komunitas Sastra Dewi Sartika Jawa Barat, Indonesia : Tetet Cahyati/Nenden Lilis A./Eriyanti Dewi, pada jam 8.30 malam di rumahykp, Ipoh.

13 Oktober 2004 : Gebang Seni bersama Bebe', Taring Padi

sama projek/01 : taring padi Gabungan bersama Taring Padi dari Jogjakarta untuk berkolaborasi dengan beberapa komuniti kesenian dan aktivis di Kuala Lumpur, Perak dan Shah Alam untuk mengadakan aktiviti pada bulan Oktober.

11 Disember 2004 : Gebang Seni bersama Matahati Art Group (KL) & Anting Anting (Manila)

Bersama Bayu Utomo Radjikin, Hamir Soib, Masnoor Ramli Mahmud, Ahmad Shukri Mohamad, Jose Austria. Alfredo Esquillo Jr., Joseph Lofranco, Lawrence Borsoto, Wilfredo Alicdan dan Emmanuel Garibay

:: SEMBANG SENI , Rumah GAPENA, Kuala Lumpur

Anjuran seniman Dr. Siti Zainon Ismail pada 6 Julai 2002 di Kafe G, Rumah GAPENA. Para seniman kelahiran bulan Julai bertemu, berkenal-kenalan dan berbincang tentang seni. Antara tetamu yang hadir termasuk SN Dato'Abdullah Hussein, Laden Nuawi, Haron Mokhtar, Namron, Bayu Utomo dan Siti Jasmina.

:: PAMERAN SENI 'EKSPEDISI BELUM', Muzium Darul Ridzuan, Ipoh

Pameran anjuran Angkatan Pelukis Darul Ridzuan dengan kerjasama Lembaga Muzium Darul Ridzuan. Hamidon Ahmed, Kusyerie Jabar, Kamal Sabran, Fairus Ahmad dan Shamsul Baharin menghasilkan karya-karya baru berlandaskan pengalaman mereka di hutan Belum.

:: SEMINAR 'WARISAN PERADABAN PERAK', Taman Budaya Negeri Perak, Ipoh

Seminar dijalankan pada 23-24 Julai 2002.

:: SEMINAR 'ALAM MISTERI DALAM BUDAYA', Muzium Negara, Kuala LumpurUNCLOGGED X1, No Black Tie, Kuala Lumpur

Gig musik independen anjuran Joe Kidd menampilkan kumpulan-kumpulan seperti Muck, Hell Sisters dan Kuchalana. Dianjurkan pada 31 Ogos 2002 sempena Hari Kemerdekaan.

:: TUBOH : Bayu Utomo Radjikin

  • Pelancaran pameran solo keempat Bayu Utomo Radjikin bertema 'TUBOH' telah disempurnakan oleh sifu industri musik tempatan M.Nasir pada 28 Mei 2003 bertempat di GaleriCitra, Kuala Lumpur.
  • :: PAMERAN SENI sempena Hari Aids Sedunia 2003 di Galeri Seni Muzium Darul Ridzuan

Karya Ismail Alias - POSITIVE

Karya-karya disumbangkan oleh Pelajar Cosmopoint Ipoh, Kelab Prostar Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Jabatan Hospital Ipoh dll.

5. Peristiwa Seni 2004
--------------------------------------------------

Mural Exhibition 'PERAHU KAMALAYAN' by Matahati & Anting Anting
13 Disember 2004, jam 8.30 malam, Laman Balai Seni Lukis Negara.

Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2004
20 November 2004, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pertandingan Senireka Sempena Hari Deepavali 2004 : anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara & Yayasan Kesenian Perak

Pameran Bakat Muda Sezaman 2004
Pameran berlangsung dari 6 - 28 November 2004 di BSLN.

Pameran Wong Hoy Cheong
Pameran berlangsung dari 2 November - 19 Disember 2004 di BSLN.

Seminar IKD : Masa Depan Seni-Budaya Malaysia
Program diadakan pada 25-26 September yang lalu, bertempat di Hotel Midah, KL.

SEARCH : The Movie In Concert Tour
Persembahan berlangsung pada 18 Sept. 2004 di Stadium Perak, Ipoh.

Akustika Merdeka Rama
Persembahan daripada kugiran kompilasi Kopi Sechewen : Harmacy/Flicka/The Hans/The Sweetest Things/Pian of Shizuka. Pada 30 Ogos 2004 bertempat di Bodysurf Music Studio, Ipoh.

Goenawan Mohamad Selected Poems
Tuesday, 17th August 2004 : Launching of a book Selected Poems by Goenawan Mohamad, Indonesia's renowned poet and writer, at the Valentine Willie Fine Art.

Laman Seni Kuala Lumpur
Bertempat di Balai Seni Lukis Negara, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur, pada 15 Ogos 2004, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

'Pelancaran Buku Raja Ahmad Aminullah : MENYARUNG JIWA SOULSHIP
Buku ini telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Prof. Muhammad Haji Salleh pada 14 Ogos, jam 8.00 malam bertempat di NN Galeri, KL.

'Buai Laju-Laju by U-Wei Haji Saari: Film Preview
Exclusive film preview of Buai Laju-Laju, Wednesday, 4 August 2004, Level 3 Suria KLCC Function Hall, Tanjong Golden Vilage Cinemas. Film Screening : 4.30pm.

'Notthatbalai' Art Festival 2004
5 days event from 21st - 25th July 2004 a combination of visual arts, performances, music, film and flea stall happening at 'lost generation space' at Taman Seputeh. The event of "notthatbalai" is encouraging the contemporary art work that is experimental, conception, vibrant and flexible.

Pameran Malaysian Art Now
Pameran Bertempat di Balai Seni Lukis Negara dari 10 Julai 2004 sehingga 1 September 2004. Pameran telah drasmikan oleh Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar pada Selasa, 20 Julai 2004, jam 10.30 pagi.

Perasmian Pameran Retrospektif LAT di Muzium Darul Ridzuan
Perasmian pameran Retrospektif LAT, Tarikh : 12 Julai 2004, jam 9.30 pagi, bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Dirasmikan oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Syah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Program Pelayaran Kembara Meniti Arus Bahtera Bayu
3-5 Julai 2004, Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR) menganjurkan program "Kembara Meniti Arus Bahtera Bayu" yang disertai oleh 100 ahli persatuan penulis dan beberapa buah persatuan Negeri Perak.

Pameran Seni Ais Kirim Malaysia oleh Nor Azizan Rahman Paiman dan Pameran 3 Horizontal Lines oleh Robert Lawrence
26 Jun 2004, jam 9.00 pagi bertempat di Adiwarna Gallery, School of Arts, USM. Bicara karyawan pada jam 11.00 pagi - 12.00 tengahari, 26 Jun 2004 di Balai Persiban Agung, School of Arts, USM. Pameran dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Madya Zulkifli Yusoff.

Anugerah Sastera Negeri Perak Ke-3 2004
Bertempat di Dewan Bankuet SUK, Perak pada 23 Jun 2004 jam 8.30 malam. Anugerah Sastera Negeri Perak ke-3 adalah anjuran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Dewan Bahasa & Pustaka, Persatuan-persatuan penulis Negeri Perak.

Solo Sculpture Exhibition by Sharmiza Abu Hassan, Alegori Ledang 2004
From 1st - 20th June 2004 at the Galeri Seni MAYA, Bangsar.

Pameran Chong Hon Fatt KUALA LUMPUR CITY SCAPES
Pameran berlangsung di NN Galeri, Ampang dari 9 -30 Jun 2004.

Pameran Nafas : Seni Arca Raja Shahriman
Pameran berlangsung di Galeri 2B, Balai Seni Lukis Negara dari 8 Jun 2004 sehingga 27 Jun 2004.

Pameran Keranamu Malaysia
KERANAMU MALAYSIA A 3D Art Exhibition by Malaysian Artists at Wisma Kebudayaan SGM, Bukit Bintang, KL, from 6th June 2004 until 13th June 2004.

Tak Kenal Maka Tak Cinta... Majlis Teater Perak Masuk Meminang
Program anjuran Majlis Teater Perak (TEMA Perak) dengan kerjasama Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pihak JKKWBS akan kewujudan pertubuhan serta kumpulan seni dan budaya yang bakal bersama-sama mengambil bahagian serta menyumbangkan khidmat di dalam aktiviti-aktiviti yang diharap akan menyemarakkan kembali keberadaan seni dan budaya di negeri ini.

Pameran wOm(b) Shia Yih Ying
Pameran berlangsung dari 6 Mei 2004 sehingga 23 Mei 2004 di Galeri Petronas, Suria KLCC.

Gebang Teater bersama Azizul Hakim
Badan Budaya Negeri Perak menganjurkan Gebang Teater bersama Azizul Hakim serta penggiat teater pada 2 April 2004.

Pameran 3 Young Contemporaries
Artis Lau Mun Leng, Phuan Tai Meng & Saiful Razman. Exhibition berlangsung dari 31Mac hingga 17 April 2004 di Valentine Willie Fine Art.

Pameran 1+1=1 Inter-aksi Jogjakarta - Kuala Lumpur
Artis Matahati Art Group & Gelaran (MIFA) bertempat di Galeri Shah Alam. Pameran Berlangsung dari 19 Mac - 18 April 2004.

Pameran Mella Jaarsma : The Shelter
Bertempat di Valentine Willie Fine Art pada 10 Mac 2004

Dialog Pinggir PENA
Bertempat di Rumah Pena pada 21 Februari 2004. Topik perbincangan : Globalisasi Muzik dan Budaya Anak Muda

Pameran "SUARA JIWA"
Pameran bermula dari 16 Februari 2004 - 15 Mac 2004 bertempat di Balai Seni Lukis Negara.

Galeri Yusof 'Gajah' Ismail
Bertempat di Gajah-Gajah Gallery, City-Square Centre, KL. Info lanjut : (t) 03 2164 2100 (e) yusofgajah@hotmail.com

YUSOF 'GAJAH' A foremost painter and children's book illustrator. From traditional watercolour style he went on to contemporary styles reflecting his diversity. Yusof 'gajah' is a rare artist. He indulges in native art and craft. His work depicts a unique combination of acrylic, watercolour, oil, even plasticine coupled with coloured paper reflecting the stylized symbolical forms and uninhibited controlled colours blending together to achieve a most Gorgeous effect particularly his pachydermic Patterning, capturing the essence of value and Spirit of his existence imaginative and memorable with his distinctive Trademark - "gajah"

Unwrapped :Australian Fashion & Textile Design
Pameran bermula dari 12 Februari 2004 di Balai Seni Lukis Negara.

Pameran Mohd. Fauzi Sedon : Statement series - True Colors
Pameran Statement Series - True Colours. Bermula dari 15 Februari - 7 Mac 2004. Bertempat di NN Gallery.

Look at the sound : A Workshop Exhibition
Workshop exhibition featuring visual experiments involving art and technology by Aziz, Azmy, Likwang, and Ronnie from 12 - 15 February 2004 at Reka Art Space.

RETROSPEKTIF LAT 1964 -2003 di BSLN
Pameran dirasmikan oleh Sasterawan Negara Yang Berbahagia Datuk A. Samad Said. Pameran bermula pada 22 Disember - 29 Februari 2004.

Pelancaran Buku The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993) oleh Prof Muliyadi Mahamood.

Acara Baca Puisi Keliling (APUKe)
APUKe ke-9 telah berlangsung di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pada 27 September 2003.

APUKe ke-10 telah berlangsung pada 7 Februari 2004.

11th Bangladesh Asian Art Biennale, Dhaka
Pameran bermula pada 15 - 31 Januari 2004.

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design