Sempena
Pesta Buku Antarabangsa, Pustaka Cipta Sdn Bhd telah menerbitkan dua buah buku
berbentuk motivasi pada 28 Mei 2003 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, PWTC. Majlis
telah disempurnakan oleh Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir bin Ahmad.

'Anda
Berhak Hebat' karya Md. Taib Mat " sesuai untuk semua lapisan pembaca, tidak
kira sama ada pengurus, pegawai, ahli politik, petani, buruh, suri rumah, penuntut
universiti atau pelajar sekolah. Terbitan ini untuk anda yang ingin hidup bermakna."
RM
20.00

'Kecemerlangan Hak Setiap Orang'
oleh Ahmad Shafee Sabaruddin mengisahkan "suatu pergelutan, jerih payah,
perjuangan pahit getir, yang bukan sahaja jasmaniah tetapi rohaniah, mengandungi
nilai-nilai unggul dan murni" tentang seorang usahawan Melayu moden. Buku
ini menjadi panduan penting untuk generasi muda yang ingin cemerlang dalam bidang
perniagaan nasional dan global.
RM
20.00