+a'TAYANGAN & DIALOG FILEM PENDEK - Filem pendek bertajuk 'PEREMPUAN, HUJAN & KEMATIAN' arahan Abror Rivai akan ditayangkan buat pertama kali di RumahYKP pada 6 Mac 2010 (Sabtu), jam 8.30 malam. Filem yang didanai oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini dibarisi pelakon-pelakon berkaliber seperti Mislina Mustaffa, Mohamad Hariry, Fathullah Luqman & Raja Muzwira.

SINOPSIS - mengisahkan seorang pesakit delusi yang dirawat di sebuah rumah di atas bukit. di rumah itu dia berhadapan dengan konflik psikologi apabila melihat dirinya sebagai orang lain. apakah semua orang yang ditemui merupakan dirinya? di manakah dirinya yang sebenar?

more..

+a'TAF PROJECT@RUMAH YKP - Acara berbentuk amal ini dijayakan untuk menjana TABUNG AMIRUL FAKIR. Amirul Fakir merupakan seorang penulis dan penyair Perak yang banyak terlibat dalam projek-projek seni multidimensi khusus anjuran YKP. Sebagai memberi kekuatan serta untuk membantu meringankan beban kos perubatan dari penyakit yang telah dihadapinya lebih dari setahun, para sahabat seniman berkumpul untuk memberi sokongan. Orang ramai dijemput hadir membeli produk seni, buku serta barangan terpakai jualan para seniman bermula jam 3 petang

more..

+a'VIDEO ART FROM JAPAN - Dua artis video terkenal dari Jepun akan membuat pembentangan berkenaan seni video serta berkongsi isu-isu seputarnya. Program ini dibawa khas oleh Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM, Pulau Pinang pada 25 MAC 2009, 8.00 malam di Rumah YKP

more..

+a'INDEPENDENT DAY OUT FEST 2 - Program seni dan muzik yang menampilkan bakat serta kreativiti anak-anak muda. Persembahan akustik serta jualan produk-produk seni tempatan. Untuk tempahan tiket dan informasi lanjut hubungi Meor 012 5506592

more..

+a'NAFAS: Screening & Dialogue - Program dengan sokongan Institut of Foreign Cultural Relation (ifa), Germany, Balai Seni Lukis Negara dan Goethe Institute Kuala Lumpur ini menampilkan dua tokoh yang bergiat aktif di dalam bidang seni antarabangsa. Dr Gerhard Haupt & Pat Binder, editor Nafas Art Magazine serta penerbit Universes in Universe -Worlds of Art akan berkongsi informasi tentang perkembangan seni visual khusus di negara-negara Islam yang telah mereka terokai. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pembentangan mereka di Balai Seni Lukis Negara pada 12 Disember 2008 (3 petang) serta di Rumah YKP pada 13 Disember 2008 (8 malam). Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.

more..

+a'MALAM PESTA JIWA - Program MALAM PESTA JIWA diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan nilai seni dan budaya sastera ke suatu arah yang positif dengan misi yang merakyat. Program kesenian yang bersifat independent (indie) ini lebih mengutamakan kualiti seni yang tulen, mengutamakan isi berbanding kulit dan bersifat menghibur di samping mendidik pendengar dan masyarakat ke arah satu visi yang lebih menyegarkan aroma dan rasa. Program yang diilhamkan oleh Meor Khairol Nizam dan Meor Saiful Nazli ini dibantu oleh Adha Effendy, Syed Muhammad Sharif, Meor Yusof Aziddin Meor Hassan dan Yayasan Kesenian Perak. Antara seniman/sasterawan terlibat adalah Suhaimi Muhammad, Hishamuddin Rais, Raja Ahmad, Pyanhabib, Meor Yusof, Azmyl Yunor, Black, Rahmat Haron dan Nan Blues. a'22 OGOS 2008, 9.00 malam di YKP . Masuk PERCUMA .

more..

 

A K T I V I T I IIS E N III R U M A H Y K P I Tayangan & Duskusi Filem 20 Jun 2008 I Gebang Seni Mamat Khalid 30 Mei 2008 I Gebang Seni Khalid Salleh 01 Mac 2008 I The Independence Project 12 Disember 2007 - 10 Februari 2008 I Art Talk on Curatorial Project by Roopesh Sitharan 27 Ogos 2007 I Bengkel Senilukis bersama pelukis jemputan, Fathullah Luqman Yussof anjuran YKP dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak 7 April 2007

 

P E R I S T I W A IIS E N II I Forum Apresiasi Teater Perak 15 Disember 2007 I Dearah Samad 12 Jun 2007 I Majlis Belasungkawa Redza Piyadasa 2 Jun 2007 I ARTRIANGLE 20 Mei 2007 I Dialog 'Sastera Underground VS Sastera Islam' 19 Mei 2007 I Belasungkawa Allahyarham Redza Piyadasa 7 Mei 2007 I Pameran Pancawarna : 'Seni Rupa Kasih' 14 April 2007