Buku
ini memuatkan tulisan-tulisan yang membahas isu-isu sastera, seni rupa, seni bina
dan undang-undang hakcipta. Persoalan yang ditimbulkan sangat berkaitan dengan
isu-isu kesenian semasa dan akan terus dibahas dalam dialog-dialog budaya pada
masa depan.
Kesemua
tulisan ditulis oleh orang-orang yang ahli di dalam bidang masing-masing --Hamdan
Yahya, Dr. Bukhari Lubis, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Wairah Marzuki, Dr. Shaikh
Mohd Noor Alam dan Jimmy Lim. Yang cukup menarik ialah perbincangan dilakukan
di dalam hubungan tradisi dan kemodenan yang dialami oleh Malaysia yang sedang
membentuk imej dan jatidirinya.
Bagi
pengkritik, pengkaji kesenian, penggubal dasar budaya, pelajar sastera serta seni
rupa, buku ini adalah rujukan yang sangat berguna untuk merangsang fikiran dan
perdebatan.
HARGA
: RM 15