Luahan
rasa seniman terhadap kemelut peperangan di Iraq telah dimanifestasikan dalam
bentuk puisi, sketsa dan lakaran serta telah membuktikan protes secara kreatif
para seniman.
Editor
Penyelenggara antologi merangkap Pengerusi YKP -- Raja Ahmad Aminullah dalam kata
pengantarnya berkata, " Sebagai seniman buku ini merupakan respons kita terhadap
pencerobohan dan peperangan yang sekali imbas kelihatan terlalu besar dan boleh
menjadikan kita berada dalam keadaan shock and awe, meminjam istilah yang digunakan
oleh pihak yang mencetuskan peperangan ini. Keberadaan seniman samaada sasterawan,
pelukis, pengarca, penggiat teater, tari mahu pun filem, adalah penting apatah
lagi jika kita mengingati peranan seniman sebagai perakam atau pentafsir zamannya."
, " Persoalannya bukanlah samaada respons seniman boleh merubah suasana atau
menghentikan peperangan. Persoalannya ialah sejauh manakah sebagi seniman, nurani
dan jatidirinya tergetar oleh peristiwa yang menyayat dan melululantakkan naluri
kemanusiaan kita."
Antologi
ini telah dikumpulkan dalam masa 7 hari daripada mula timbulnya ide tersebut pada
1 April 2003; akibat rasa terkilan yang amat sangat terhadap peristiwa peperangan
yang semakin melarat. Kecepatan komunikasi sekarang merupakan faktor bantuan :
tetapi rasa kemanusiaan dan jiwa besar para seniman telah memungkinkan kelahiran
buku ini. Antara seniman yang menyumbangkan karya mereka adalah-A. Aziz Deraman,
A. Samad Said, A. Samad Ismail, Amirul Fakir, Anwar Ridhwan, Baha Zain, Dinsman,
Faisal Tehrani, Fairus Ahmad, Hamdan Yahya, Kamal Sabaran, LAT, Loo Win, Mansor
Ghazalli, Marsli NO, Muhammad Haji Salleh, Mustapa Haji Ibrahim, Noor Azizan Rahman
Paiman, Onn Abdullah, Rahimidin Zahari, Sabariah Bahari, Sharifah Zuriah Al-Jeffri,
Shukri Abdullah, Siti Zainon Ismail, Suhaimi Haji Muhammad, Syed Ahmad Jamal,
Tan Sei Hon, U-Wei Saari, Yee Mok Sin, Zainon Abdullah, Zakaria Ali dan ramai
lagi.
Dihasilkan
secara DIY, antologi sebanyak 118 mukasurat dengan kulit senicetak asli ini dijual
pada harga RM 15 sahaja. Hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa-mangsa peperangan.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi YKP di talian 05-5484150 atau faks 05-5484151.
Edisi Terhad.
HARGA
: RM 15