RUPA
KATA

Buku
ini mengandungi gambar karya-karya lukisan, arca dan foto yang dipamerkan dalam
pameran lukisan sewaktu Pekan Seni Ipoh, 2 September - 13 September 1996. Buku
ini juga memuat sejumlah sajak yang ditulis dalam tahun-tahun 80an dan 90an. Antara
yang tersiar dalam kumpulan ini adalah hasil karya Dato' Syed Ahmad Jamal, Redza
Piyadasa, Yeoh Jin Leng, Sharifah Fatimah, Ahmad Khalid, Khalil Ibrahim dan juga
pelukis-pelukis muda yang sangat kuat bakatnya. Penyair-penyair yang sajaknya
disiarkan sebahagian besarnya sudah cukup terkenal dan menjadi batu tanda dalam
sejarah puisi moden Malaysia seperti Muhammad Haji Salleh, Kemala, Latiff Mohidin,
Firdaus Abdullah , Suhaimi Hj Muhammad dan Zurinah Hassan.
Rupa
Kata merupakan sebuah kumpulan yang sangat beraneka dan berwarna-warni isinya
sebagai melambangkan kekayaan kesenian moden dan persepsi seniman Malaysia terhadap
kehidupan nasional dan antarabangasa. Baik melalui pelbagai rupa dan media lukisan,
nahupun melalui nada dan gaya puisi, kumpulan ini menunjukkan kegiatan kreatif
yang sangat bertenaga sedang berombak dan mengasak dinding-dinding galeri serta
halaman-halaman buku. Sesetengahnya melukis dan menulis dengan penuh apresiasi
serta ceria, dan sesetengahnya pula dengan marah-marah dan sinis. Ini adalah hasil
pembangunan dan aspirasi masa depan.
HARGA
: RM 60