PERISTIWA SENI 2007

YKP sempat menjenguk beberapa acara :

Forum Apresiasi Teater Perak 2007
15 Disember 2007, Taman Budaya Perak.

Daerah Samad : 100 Sketches by A. Samad Said
12 Jun 2007, Galeri Petronas.

Majlis Belasungkawa : A Tribute to Redza Piyadasa
2 Jun 2007, R A Fine Arts.

Pameran ARTRIANGLE
20 Mei 2007, Wisma SGM.

Dialog Sastera Underground VS Sastera Islam
19 Mei 2007, Rumah PENA.

Belasungkawa - Allahyarham Redza Piyadasa
7 Mei 2007 (Isnin), jam 6.15 petang di Hospital Selayang.

Pameran Pancawarna : Seni Rupa Kasih
14 April 2007. Galeri Pelita Hati

Bittersweet : A Perfect Tour
14 April 2007. Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh

Galeri Seni Perak
Pembinaan Galeri Seni Negeri.

Pameran ' Kasih Tanah '
7 Mac - 7 April 2007. Galeri UiTM Perak.

Bukan Bunuh Diri
2 - 3 Mac 2007. Laman Taman Budaya
Malam Kuntuman Seni
28 Februari 2007. Laman Taman Budaya
10 Februari 2007

Pembukaan ‘Katharsis’ oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Amar Elizabeth Moggie di NN Gallery menyaksikan persembahan karya-karya terkini dua artis, Syahrulniza Ahmad Zaini dan Mohd Hairi Yaakub. Syahrul menjadikan isu-isu tentang alam persekitaran sebagai inspirasi yang membuahkan karya-karya bernuansa romantik tentang hubungan manusia dan alam. Hairi pula mengambil pendekatan yang lebih eksensialis, sentuhan figuratifnya lebih ekspresif, interaktif , memandang terus kepada pelihat. Walaupun stail kedua pelukis berbeza, masing-masing tetap meneroka keseimbangan dan ketegangan pengalaman manusia.


11 Februari 2007

Pameran residensi lagi! Seperti biasa Rimbun Dahan pada setiap tahun akan menganjurkan pameran artis residensinya. Pada kali ini Malaysia diwakili Chang Yoong Chia sementara Australia menampilkan David Jolly. YKP sempat menjenguk hari terakhir pameran dan ternyata karya-karya terkini Yoong Chia sangat unik lagi kronik dari segi kontennya. Berbentuk surreal, naratif penceritaan sesuatu karya subjektif kepada persepsi penonton. Walaupun hanya cat minyak hitam putih, intensiti imej dan simbol menjadikan karya-karyanya tidak puas diteliti. Kenali artis ini di www.changyoongchia.com

18 Januari 2007

- Pelancaran pameran ‘Keluar 90 hari’ Roslisham Ismail @ Ise telah disempurnakan oleh artis antarbangsa Symrin Gill di Australian High Commission, KL. Pameran ini memaparkan karya-karya digital Ise hasil ide yang tercetus dari pengalamannya beresidensi di Gunnery Studio, Sydney selama 3 bulan. Turut dilancarkan, diari visual Ise yang berharga RM 50 senaskhah. Untuk tempahan hubungi 016 9033005.

27 Januari 2007

- Pameran ‘Dislocated’ Ahmad Fuad Osman dibuka untuk orang ramai sehingga 25 Februari 2007 di Artspace. Karya-karya hasil residensi Fuad di USA dan Korea tahun lepas. Turut diterbitkan, katalog dengan penulisan kurator pameran Hasnul J. Saidon. - Pameran CariGali di Ole Café, dipersembahkan oleh aktivis muzik independen yang kini terjebak dalam dunia seni ta mpak secara ekstrim! Fathullah Luqman Yussof memaparkan karya yang lebih berupa ‘studies’ untuk karya agungnya pada masa akan datang. Nantikan solo beliau dalam bulan Mac nanti. Acara sampingan persembahan nyanyian oleh Fathul, Hujan dan beberapa penyanyi mengisi malam pembukaan di Ole Café. - ARTPORT, Galeri Shah Alam menyambut aniversari setahun. Acara yang menghimpun majoriti anak-anak muda diisi dengan bacaan puisi dan muzik. Tetamu khas yang meraikan acara tersebut dengan pembacaan puisi adalah SN A. Samad Said dan Pengerusi YKP, Raja Ahmad. Paling hangat tentu sekali persembahan band metal bernama ‘ Quest of Quaser’ yang mempersembahkan lagu-lagu ‘growl’ mereka.

31 Januari 2007

“Voyage” pameran solo A. Latiff Mohidin dilancar oleh CEO Petronas di Galeri Petronas baru-baru ini. Lebih 50 karya hasil nukilan selama 4 tahun (2002-2006) memenuhi ruang pameran. Ternyata Latiff bukan saja dianggap seorang sasterawan hebat malah juga sebagai pelukis agung yang dihormati bilamana hampir kesemua karya dalam pameran direbut kolektor antarabangsa!

PERISTIWA SENI 2006Dialog/Bengkel Penggiat Galeri dan Pakar Seni Tampak
21 September 2006. KL International Hotel
Teater DABUS
2 & 3 September 2006. Taman Budaya Negeri Perak
Tabik : Jeri Azhari
28 Ogos 2006. Balai Seni Lukis Negara
Sonic Cosmic : Music From Outer Space
26 Ogos 2006. National Planetarium
Road Tour Rumahpenerbitan Suarasuara & Pameran MTV@MalayTV
Pusat Kesenian & Kebudayaan USM ABN-AMRO Pulau Pinang
INDEX
22 Julai - 12 Ogos 2006. Pelita Hati Art House
INTEGRITY, Pameran Solo Jeri Azhari
1 - 31 Julai 2006. Balai Seni Lukis Negara
Teater Tamu Dari Medan Perang
9 - 12 Jun 2006. Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Soal 21 & Dialog What's Next
20 May 2006. Galeri Shah Alam
Kingdom of Rebel
30 April 2006, Pelita Hati Arthouse
UlangTayang : Variation in Repetition
22 April 2006, Pelita Hati Arthouse
Bengkel Kurator Multi-Faceted
6 - 11 Mac 2006
Kunjungan Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Dr. Saharuddin Ismail