PAMERAN SUARA JIWA

Pameran Kolaborasi Seni Matahati Art Group & Balai Seni Lukis Negara. Pameran bermula dari 16 Februari 2004 - 15 Mac 2004 bertempat di Galeri B, Balai Seni Lukis Negara.

Kolaborasi Seni 'Suara Jiwa: Pelukis dan Kanak-kanak'
14 Februari 2004 – 16 Mac 2004

Pameran ini akan memaparkan 24 karya hasil kreativiti pelajar sekolah dan menengah dengan tunjuk ajar dari para pelukis dari Kumpulan Matahati seperti, Bayu Utumo, Ahmad Fuad Osman, Ahmad Shukri Mohamed dan Hamir Soib dan beberapa pelukis tanahair lain seperti Bibi Chew, dan Chuah Chong Yong. Bengkel yang berlangsung selama empat sesi telah melahirkan bakat para pelajar yang berjaya menghasilkan karya amat menarik dan mengagumkan.

Bengkel tersebut antaranya bertujuan untuk berkomunikasi visual antara pelukis dan bukan pelukis, memberi pendedahan kepada peserta dengan karya-karya seni lukis moden, memberi peluang kepada peserta merasai proses sebenar penghasilan karya dan untuk menjelaskan aspek formalistik dalam berkarya.

Aktiviti anjuran Balai Seni Lukis Negara dengan krejasama Kumpulan MATAHATI ini diharapkan dapat menimbulkan minat peserta terhadap bidang senilukis setelah mengalami proses kolabrasi bersama. Ia juga diharap dapat melahirkan suatu perkongsian pengalaman seni dalam penyampaiannya kepada masyarakat awam. Melalui program ini, para peserta diharap dapat menemui kaedah terbaik untuk berkomunikasi secara visual dengan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan seni di samping memberi kesedaran tentang cabaran-cabaran, kepayahan dan keseronokan seorang pelukis dalam penghasilan karya.

Sepanjang sesi bengkel para peserta diajak berkongsi cerita dan kemudian melakarkan apa yang mereka rasa dan lihat di persekitaran atau yang sedang bermain di minda mereka sebagai langkah pencarian idea bagi menghasilkan karya atau lakaran idea. Setiap apa yang dibayangi dalam pemikiran peserta cuba diterjemahkan ke dalam bahasa atau objek-objek seni yang akhirnya membentuk karya lukisan menarik.

Jiwa 1
Ahmad Fuad, Munira, Shaza Amira, Nur Aina
Campuran atas kanvas, 2003
170 x 122 cm

Jiwa 2
Ahmad Fuad, Nor Hafizza, Shazreaan Isura
Campuran atas kanvas, 2003
170 x 122 cm

Jiwa 3
Ahmad Shukri, Noor Shafeera, Mohd Shamsul, Khairul Nizam
Campuran atas kanvas, 2003
170 x 142 cm

Jiwa 4
Ahmad Shukri, Mohd Muzammil, Nur Aqilia Farah, Mardhiah
Campuran atas kanvas, 2003
170 x 122 cm

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design