NAFAS : SENI ARCA RAJA SHAHRIMAN

'NAFAS' Shahriman

---------------------------------------------------------------------------------------------

Pameran solo ke-4 YM Raja Shahriman yang bertajuk 'NAFAS' menampilkan 51 arca dan 31 lukisan ini merupakan pameran arca terbesar yang pernah diadakan di negara kita. Walaupun berusia muda YM Raja Shahriman merupakan pengarca tempatan yang paling aktif berkarya. Karya beliau dalam siri-siri yang lepas seperti "Gerak Tempur", "Api, Bayangan, dan kemenyan" serta "Semangat Besi" telah mendapat sambutan hangat dan keupayaan beliau sebagai pengarca kreatif dan mahir semakin terserlah. Malah ramai yang menganggap beliau telah membawa revolusi kepada bentukan seni arca dan ini telah meletakkan beliau sebagai seorang pengarca terkenal di dalam dan di luar negara. Kini, setelah hampir 3 tahun mendiamkan diri, Raja Shahriman kembali dengan karya terbarunya yang bertajuk 'NAFAS'.

'NAFAS' merupakan karya beliau yang berbeza dari karya dalam siri-siri yang lepas di mana bentukan arca tersebut adalah diilhamkan daripada abstraktasi pergerakan tubuh manusia yang berlaku dengan adnya nafas, iaitu satu elemen yang amat penting selepas roh dalam kejadian semua benda hidup terutamanya bagi manusia. Proses penghasilan arca siri ini telah membawa beliau berhadapan dengan berbagai emosi yang bertentangan. Hampir setahun beliau berusaha mencari idea yang boleh memenuhi kehendak serta kepuasan diri dalam berkarya kerana sebelum ini wujud satu perasaan bersalah kerana telah membuat arca daripada bentukan manusia yang mana ia adalah salah dari sisi agama islam. Walaubagaimana pun, beliau tidak dapat melupakan bentukan figura kerana ianya merupakan satu bahan subjek yang amat beliau minati. Situasi tersebut telah menimbulkan konflik yang amat hebat dalam dirinya dan pada satu ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak berfikir lagi tentang perkara itu. Apabila perasaan beliau kembali tenang, beliau terus mencari idea dengan membuat beberapa rujukan dan juga lakaran. Daripada lakaran-lakaran tersebut, timbul penyelesaian masalah lalu hilanglah rasa bersalah dan terkongkongbe;iau di dalam satu temubual; "Saya tidak membuat tangan, tapi garisan yang solah tangan, tapi ia bukan tangan". Seperti yang kita semua ketahui, kejadian manusia dikaitkan dengan empat elemen iaitu tanah, api, angin dan air. Jika manusia itu hidup, maka ia bernafas dengan bentuk arca seperti tiupan angin pada kain.

Sekali lagi Raja Shahriman telah berjaya membawa revolusi dalam pembentukan arca. Karya yang diperbuat dengan menggunakan 100% besi tempa yang berbentuk garisan-garisan telah menghasilkan arca yang seolah bergerak dan tidak statik. Garisan-garisan inilah yang mewakili pergerakan. Pada figura ini hanya menunjukkan kekuatan bahan subjek iaitu figura; jika kaki juga turut diabstrakkan, maka sumber atau bahan subjek akan menjadi kabur.

Menurut beliau, arca pada siri ini adalah karyanya yang terbaik kerana beliau telah dapat mengolah bahan subjeknya dengan begitu baik tanpa wujud perasaan bersalah dalam dirinya Dari segi astetiknya pula ia lebih bebas berbanding dengan siri-siri yang lepas. Menurutnya, dalam siri terbaru ini tidak wujud lagi penggunaan senjata atau pepenjuru yang tajam seperti dalam siri-siri sebelumnya kerana ianya tidak perlu bagi arca-arca dalam siri ini. Beliau berharap agar peminat seni dapat menerima karya terbarunya dalam siri 'NAFAS' ini kerana beliau merasakan bahawa ia satu luahan yang seronok, satu proses yang berjaya yang telah membuka jalan untuk ia terus berkarya di amsa-masa akan datang dan juga merupakan karyanya yang terbaik buat masa ini.

"Nafas … kau tanpa rupa, kau milik siapa
Nafas … kau rahsia rasa cinta pencipta
Nafas … yang bernafas itu siapa, yang keluar masuk itu udara
Nafas … yang nafas itu hidup, roh yang dinyatakan pada jasad itu nampak pada nafas
Nafas … itu tiada beku dan bukannya patung, setiap patung tiada nafas
Nafas … kau yang awal, kau yang akhir
Nafas … kau yang zahir, kau yang batin
Ada dunia ini kerana ada engkau
Tanpa nafas, dunia ini tiada…"

Raja Shahriman Raja Aziddin

'BREATHE' of Shahriman

---------------------------------------------------------------------------------------------

'BREATH: Sculpture of Raja Shahriman' presenting 51 sculptures and 31 drawings, is the sculptor's 4th solo effort and his biggest local exhibition to date. This show also happens to be the biggest sculpture exhibition ever to be held locally.

Raja Shahriman embarked upon a career as a sculptor in 1989 and began to make an impact in a art scene as early as 1994 with his functional sculptures entitled "Killing Tools". His following series, called "Gerak Tempur", was shown in the first solo exhibition in 1996 and took the Malaysians art scene by storm, bringing instant recognition and fame to the artist both locally and abroad. Nevertheless Raja Shahriman did not stop there. Instead, he continued to amaze his audiences with his creativity and originality of ideas through two subsequent solo exhibitions entitled " Api, Bayang and Kemenyan" and "Semangat Besi".

The reputation and popularity of Raja Shahriman's works have resulted in a crowd eager to view more of his pieces. 'Breath' promises to be yet another exciting exhibition, with Raja Shahriman once again demonstrating his uncanny creative ability, artistic empathy and technical expertise, thus further strengthening his reputation and position as one pof the most outstanding sculptors of his era.

The piece in this exhibition took Raja Shahriman 3 long years to complete. Here, the sculptor has transformed wrought metal rods into abstract human forms. It would appear as if his two-dimensional line drawing have taken a new three-dimensional form. Simple as it may seem, the place would not have been possible to construct without the strict discipline and master crafmanship of the sculptor.

Given that Islamic religion forbids the portrayal of the human form, initially Raja Shahriman had to overcome significant levels of both internal and external conflict before he was able to work on 'BREATH'. After some sincere soul-searching, the sculpture was realised he was able to by-pass the problem by restricting himself to creating 'movement' instead of form. 'BREATH' duplicates human breathing more metaphorically than exactly. the composition of the sculptor's work is analysed to profile the movement and drama captured in human activities, and not the human themselves. The finished work is the result of constant interaction between the sculptor's ideas and the material's intrinsic nature as the sculpture evolves. Nothing is arbitrary, each work has an underlying motive or explanation, not necessarily immediately accessible. It is as if it important for the sculptor to retain an element of mystery in the relationship between viewer and sculpture.

Once again, Raja shahriman's unique sculpture theory and his attempt to symbolically express the spirit of the human psyche reenergized the country's sculptural heritage.


Persamian Pameran 'NAFAS' : Seni Arca Raja Shahriman oleh Dato' Siti Azizah Sheikh Abod, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, pada Selasa 8 Jun 2004.

Penerangan oleh YM Raja Shahriman serta melawat pameran :

Antara karya - karya pameran :

nafas 27
26.5 x 22 x 18 cm
besi / metal
2003

nafas 28
25.5 x 20 x 16 cm
besi / metal
2003
nafas 29
25 x 16x 24.5 cm
besi / metal
2003

nafas M6
18 x 14 x 11 cm
besi & tembaga

metal & brass

2003

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design