PROGRAM PELAYARAN KEMBARA MENITI ARUS BAHTERA BAYU

Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR) menganjurkan program pelayaran "Kembara Meniti Arus Bahtera Bayu" dari 3- 5 Julai 2004, yang disertai oleh 100 ahli persatuan penulis dan beberapa buah persatuan Negeri Perak.

Bertujuan untuk mengembalikan jati diri orang Melayu dalam bidang perniagaan dan maritim terulung yang telah terhakis dari lipatan sejarah. Program ini dianjurkan bersempena dengan Anugerah Sastera Negeri Perak yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 23 Jun 2004.

Bahtera Bayu mengambil sempena nama sebuah kapal wap yang telah dibeli oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim pada tahun-tahun 1890-an untuk memudahkan beliau menjalankan urusan perniagaan bijih timah di Larut. Diharapkan semoga program ini dapat mengembalikan semula nama Ngah Ibrahim sebagai lambang penyatuan dan kegemilangan orang Melayu.

4 pelukis visual tanahair turut menyertai proram pelayaran ini iaitu : Zaslan Zeeha Zainee, Mokhzaini Hairim Mokhtar, Fairus Ahmad Yusoff dan Tengku Azhari Tengku Azizan.

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design