PERASMIAN
PAMERAN RETROSPEKTIF LAT DI MUZIUM DARUL RIDZUAN, IPOH
Perasmian
Pameran Retrospektif LAT. Tarikh : 12 Julai 2004, jam 9.30 pagi, bertempat di
Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Dirasmikan oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Nazrin Syah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Latar Belakang Y.BHG. Dato' Mohd Nor Bin Khalid - LAT
Y.Bhg.
Dato' Mohd Nor Bin Khalid, seniman kesayangan Negara yang lebih dikenali dengan
nama Lat dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Bharu, Perak. Lat adalah singkatan
pada "Bulat", nama manja yang diberikan semasa kecil lagi. Bapanya ialah
Khalid bin Mohd Noh dan ibunya Hajah Noor Azizan binti Haji Said. Beliau mendirikan
rumah tangga dengan Datin Hajah Faezah binti Hj. Ahmad Zanzali dan dikurniakan
empat orang cahayamata iaitu Junaidah, Nur'Ain, Haris dan Hadi.
Beliau
memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Kota Bharu, Perak, kemudian melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Pasir Puteh, Ipoh.
Lat kemudiannya menyambung pelajarannya ke Anderson Secondary School, Ipoh.
Karya
yang dihasilkan oleh Lat dalam bentuk karikatur mahupun yang dilakar sebagai kartun
tetap menjadi sebuah karya seni bermutu kerana berupaya menyentuh perasaan atau
mencuit hati pelihatnya. Sentuhan qalam Lat adalah setaraf dengan karya-karya
yang dihasilkan olah ahli-ahli karikatur terkemuka di dunia seperti William Hogarth
I (Inggeris, 1697-1794), Francisco Jose de Goya y Lucientes (Sepanyol, 746-1828),
Honore Daumier (Perancis, 1808-1879). Thomas Nast (Amerika Syarikat, 1840-1956),
Sir Max Beerbohm (Inggeris, 1872-1956) dan Sir David Low (New Zealand, 1891-1963)




Link
ke >>