SEARCH : THE MOVIE IN CONCERT TOUR

'THE MOVIE IN CONCERT TOUR' kugiran rock o-tai SEARCH telah berlangsung pada 18 Sept. 2004 di Stadium Perak, Ipoh. Konsert mini yang diatur dalam usaha mengumpul peristiwa(shots) untuk pembikinan filem terkini mereka ini sesungguhnya tidak menghampakan. Keresahan dan rungutan lebih 1000 peminat Search yang setia menunggu sehingga dua jam setengah akhirnya diredakan sejurus Amy tampil di pentas tepat jam 11.25 malam.

Amy yang tetap ampuh dengan vokal mantapnya diiringi tenaga profesional- Kid(first lead), Din(2nd lead), Nasir(bass) dan Lola 'XPDC'(drum)- menjamu khalayak tanpa henti dengan lagu-lagu berhantu mereka seperti 'Isabella', 'Fenomena' dan 'Rozanna' selain lagu-lagu heavy 'Menara Kesesatan', 'Pelesit Kota', 'Isi dan Kulit' dan banyak lagi.

Persembahan energetic Search berakhir jam 12.45 malam dan penonton bersurai dengan kepuasan yang sungguh bererti walaupun mengorbankan RM25 setiket. Nampaknya bandaraya Ipoh kembali digegarkan dengan revolusi metal yang tidak mungkin luput ditelah zaman.

IPOH ROCKS!

Laporan : nhk

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design