PAMERAN
WONG HOY CHEONG

Dilahirkan
di Pulau Pinang pada tahun 1960, Wong Hoy Cheong adalah salah seorang ahli generasi
pertama seniman Malaysia pasca-kemerdekaan. Dia melanjutkan pelajarannya ke luar
negeri dan pulang pada tahun 1987 dengan Sarjana Muda dalam bidang Sastera Inggeris
dari Brandeis, Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan dari Harvard dan Ijazah
Sarjana dalam bidang Seni Halus dari UMass, Amberst.
Malaysia
yang ditemui selepas kepulangannya bukan lagi diperingkat mencari suara, atau
menyatakan kemodenannya. Usaah-usaha merintis generasi pertama seniman ekspresionis
mujarad di tahun tahun 1960an sudah mula dikecam oleh konseptualisma "Pandangan
Baru" dan, lebih penting lagi, telah melahirkan amalan seni yang lebih mementingkan
aspek komersial dan gaya hiasan.
Dalam
sesebuah masyarakat yang memegang kepada tumpuan masa depan yang berazam, sekian
banyak telah dilakukan untuk mengaburi tanda-tanda berkaitan dengan pengalaman
pendatang dan penjajah, untuk meredakan pertentangan, pendapat,amalan menyoal
dan sikap mengkritik diri.pada tahun 1980an, contoh-contoh karya seni yang paling
meyakinkan melibatkan seniman yang sanggup meletakkan diri mereka ditengah masyarakat
ini, menangani perkara seperti identiti budaya dan aib sosial di tahap peribadi
dan emosi.
Hasil
karya Wong Hoy Cheong telah mendokong satu pendekatan yang lebih objektif dalam
peranannya sebagai seniman di Malaysia, yang melibatkan suatu tinjauan yang luas
mengenai sejarah penjajahan dan penghijrahan, dan juga hal penguasaan politik.
Seninya bertentangan dengan sikap lupa sepakat dan sentiasa menggali perkara yang
diluputkan disamping membongkarkan kepalsuan yang terlalu mudah dan mengemukakan
bukti dan tafsiran yang baru.
Pameran
ini mengumpulkan, untuk kali pertama, pilihan secara menyeluruh karya-karya seniman
sejak dua puluh tahun. Ia muncul dari pameran seorang diri sebelum ini, dengan
Sunil Gupta sebagai kurator, yang telah membuat lawatan di sekitar UK dari 2002-2003,
yang ditujukan untuk penonton British. Penunjukan ini yang lebih penuh dan lengkap
bermula dengan lukisan-lukisan awal (1984-1991) yang dipamerkan buat kali pertama
di sebuah pertunjukkan seorang diri di Fort Canning, Singapura pada tahun 1991;
berlanjutan dengan kisah epik Of Migrants@ Rubber Trees (Pusat Kreatif, Balai
Seni Lukis Negara,1996),"pencelahan" politik dan suatu kumpulan besar
teks dan bahan asas tumbuhan dan seni pemasangan, ke RE:Looking, suatu karya video
dan seni pemasangan yang dipersembahkan di Biennale Venice pada tahun 2003.
Sampai
ke waktu in, Wong Hoy Cheong terus setia kepada perkara-perkara utama yang mendasari
perasaan identiti dan politik negara kita. Malahan, walaupun dia berjaya memperolehi
pengiktirafan antarabangsa, banyak dari hasil karyanya belum lagi dipamerkan untuk
perhatian masyarakat Malaysia, untuk penelitian dan pembalasan kita.
Pameran
berlangsung dari 2 November - 19 Disember 2004 di BSLN.


