MAJLIS PERASMIAN & PENGUMUMAN PEMENANG BAKAT MUDA SEZAMAN 2004

Majlis BMS 2004 ini telah disempurnakan oleh YBrs Profesor Madya Redza Piyadasa pada hari Sabtu, 6 November 2004, bertempat di Balai Seni Lukis Negara.

>> Link ke Malaysian Young Contemporaries Award

Pemenang Anugerah Juri BMS 2004 :

Chan Kok Hooi
Raksasa

Choy Chun Wei
Constructed Landscape Series (murmur of the idyllic)

Mohd. Kamal Sabran
Town of Painting

Tengku Azhari Tengku Azizan
Noiscape

Rini Fauzan Mohd Zuhari
Fortune Tella

Aznan Omar
Pangking

Mohd Ekram Al Hafis
The Puppet Show : The Key Is Gone

Sharmiza Abu Hassan
Bahan Campuran

Sabri Idrus
Bangau Oh Bangau

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang BMS 2004 :

Sesi Dialog Seni bersama Para Hakim & Pemenang BMS 2004 :
Ketua Hakim BMS 2004 - Hasnul Jamal Saidon

Karya Pemenang Anugerah Utama BMS 2004 :

Hazrul Mazran Rosli
M.o.U : TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
Medium : Simen
Tahun : 2004

Karya ini cuba menceritakan tantang kurangnya penghayatan terhadap nilai-nilai moral yang terkandung di dalam prosa tradisional Melayu seperti kisah-kisah dongeng dan cerita-cerita penglipurlara. Walaupun cerita-cerita penglipurlara ini bertujuan untuk menghiburkan, namun sekiranyan ia dihayati dalam konteks keadaan dan juga situasi yang berlaku pada hari ini, ia seolah-olah releven dan benar-benar berlaku.

Menurut Riggs (1999), proses globalisasi telah wujud sejak 500 tahun yang lalu, namun ia hanya dikenal pasti dengan jelas selepas kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991. Kenyataan ini menunjukkan proses globalisasi yang melanda dunia sekarang bukanlah satu proses yang baru berlaku. Lima ratus tahun dahulu globalisasi lebih dikenmali sebagai kolomialisasi Barat ke atas Negara mundur (membangun) akibat cetusan Revolusi Industri.

"…apabila pihak Eropah membandingkan peradaban mereka sebagai satu peradaban yang sedang naik dan peradaban diluar Eropah pula dalam keadaan menurun, terjelma pada pihak Eropah wujudnya jurang diantara kedua-dua peradaban ini. Pihak Eropah yang berasaskan semangat progresivisme-ala-Judeo-Kristian berasa bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk merapatkan jurang tersebut malalui salvatin (God, Goldy and Glory) atau kita kenali sebagai imperialisme dan kolonialisme. Usaha ini kemudiannya dikonsepsikan sebagai modeniti."

Shamsul Amri Baharuddin, Projek Pembangunan kepada Projek Globalisasi: Tercabarnya Budaya Merancang", 2000

Berdasarkan gambaran tentang globalisasi yang dikemukakan diatas, 'HIKAYAT PAK KADUK' diangkat sebagai perlambangan kepada konsep kegadaian yang berlaku terhadap sesebuah bangsa dan Negara. Apa yang digarapakan di dalam hikayat ini jelas menggambarkan situasi dan tragedy yang dialami oleh etnik Melayu pada hari ini akibat daripada proses GLOBALISASI acuan penjajah yang telah mengubah rupa bentuk bangsa Melayu kepada bangsa Malaysia di bumi Tanah Melayu sendiri. Atau dengan kata lain, bangsa melayu yang disinonimkan dengan bangsa Malaysia dipermulaan sejarah yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Sebagaimana yang jelas kita ketahui, bentuk bangsa Malaysia yang terbentuk selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan telah mengalami perubahan akibat evolusi sejara yang telah menyebabkan sifat-sifat fizisnya berubah. Pada peringkat awal Negara Malaysia, bangsa Melayu yang menjadi penduduk asal Kepulauan Melayu adalah pengasas tamadun yang membentuk nagara ini. Bangsa Melayu merupakan monoetnik yang mendominasi penduduk Malaysia di permulaan sejarah. Walau bagaimanapun, penguasaan bangsa Melayu tidak lama, baik dari segi jumlah penduduk, ekonomi mahupun pemerintahan. Kemasukan penjajah Barat yang dibawa bersama mereka migrant berbangsa Cina dan India menyebabkan dominasi bangsa Melayu menjadi lemah.

Menurut Lukman dan Khaidzir, selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia tidak lagi menjadi sebuah Negara monoetnik kepunyaan bangsa Melayu tetapi merupakan sebuah negara multietnik kepunyaan bersama tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bangsa Melayu telah kehilangan negaranya sendiri sebaik sahaja kemerdekaan negara ditandatangani, meskipun tanah yang dipijak sekarang masih lagi sama dengan tanah yang dipijak nenek moyang mereka dahulu. Status bangsa Melayu sebagai perintis dan pengasas Negara Malaysia sedah lenyap sama sekali dalam upacara pertama sambutan kemerdekaan Negara. Malah sejarah Malaysia moden mencatatkan bahawa Negara Malaysia ditubuhkan oleh Parti PERIKATAN yang terdiri daripada wakil tiga kumpulan etnik yang dinyatakan sebelum ini.

Anak bangsa Melayu mula terjaga daripada tidur semasa proses mencapai kemerdekaan sedang berjalan iaitu ketika Inggeris menetapkan syarat utama kemerdekaan Malaysia mestilah dengan cara perkongsian kuasa politik dikalangan etnik. Namun semua ini sudah terlambat. Bagi bangsa Melayu, detik kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957 yang dilaungkan dengan jeritan kegembiraan, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! itu ibarat cerita dongenmg Pak Kaduk yang "menang menyabung ayam tetapi kampungnya tergadai".

Di dalam konteks inilah konsep kegadaian itu dilihat sebagai relevan dengan nasib yang menimpa bangsa Melayu pada hari ini. Kisah Pak Kaduk yang diceritakan kepada anak-anak kecil untuk menghiburkan hati lara mereka nampaknya bukan satu dongengan lagi tetapi ia benar-benar berlaku. Pengajaran cerita tersebut kurang dihayati oleh bangsa melayu terutamanya golongan birokrat dan aristocrat kerana mereka kelihatan lebih berminat menjadi Pak Kaduk daripada menjaga kepentingan bangsa dan negaranya sendiri. Apa yang berlaku ini adalah satu tragedi kerana, menurut Gellner (1983), negara tanpa bangsa atau bangsa tanpa negara adalah satu tragedi.

Tragedi kedua yang melanda bangsa Melayu selepas tragedy kehilangan tanah airnya adalah penurunan status bangsa Melayu kepada etnik Melayu akibat pembentukan bangsa Malaysia multietnik. Usaha pembinaan semula kedaulatan bangsa Melayu pasti akan gagal kerana Negara ini perlu dicorakkan secara multietnik yang seharusnya mengambil kira kepentingan semua etnik. Sekiranya agenda mendaulatkan kembali ini diteruskan juga, konflik etnik yang berpanjangan akan timbul dan pada masa yang sama, etnik Melayu tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh kerana usaha untuk memilimki semula Negara ini adalah bercanggah dengan perlembagaan yang telah digariskan semasa detik kemerdekaan dahulu. Apa yang data diperhatikan bentuk perjuangan kini lebih kepada usaha mengekalkan dominasi bangsa Melayu melalui wakilnya iaitu etnik Melayu dalam pembangunan politik. Rentetan-tragedi ini jelas mencerminkan banyak kelemahan di dalam sistem dan nilai bangsa itu sendiri

Itu kesan pahit sejarah silam. Aduhai! Malangnya nasib yang menimpa bangsa Melayu; kehilangan tanah air akibat kolonialisme yang lampau.

Namun hari ini, tragedy demi tragedy tetap terus menimpa bangsa Melayu. Bangsa Melayu masih lagi jelas berada dibelakang bangsa-bangsa lain khususnya di dalam bidang ekonomi. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris jelas menampakkan kejayaannya. Daripada aspek social pula jelas muda-mudi Melayu semakin hanyut yang kononnya bergerak mengejar arus kemodenan. Lihat sahaja malam-malam minggu di Bangsar dan Bukit Bintang contohnya, yang sentiasa sahaja sesak dengan mereka yang berpeleseran bebas. Rat-ratanya remaja Melayu. Begitu juga dengan perangkaan jenayah dan penagihan dadah, semuanya dimonopoli oleh bangsa Melayu. Fikirlah sendiri, Adakah kemajuan yang sebegini yang kita mahukan? Apa lagi yang dapat dibanggakan oleh kita bangsa Melayu selain daripada Tanah Rezab Melayu yang kini sudahpun boleh dipajak?

Dalam hal ini, kata-kata hikmat pendekar ulung Melayu, Laksamana Hang Tuah, "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia" mungkin akan menjadi sebaliknya sekiranya porses globalisasi pada hari ini tidak ditangani dengan betul.


Di sediakan oleh:

HAZRUL MAZRAN RUSLI
M.o.U: TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
2004


KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design