11th BANGLADESH ASIAN ART BIENNALE, DHAKA.

Baru-baru ini, pihak Balai Seni Lukis Negara telah menghantar seorang pegawai jabatan dokumentasinya, dua orang pelukis dan kurator jemputan sebagai duta mewakili negara meneroka sebuah festival seni dwi tahunan yang bergelar 'Bangladesh Asian Art Biennale'. Karya empat pelukis --Masnoor Ramli, Shia Yih Yiing, Tan Vooi Yam dan Mohd Fauzi Sedon memenuhi sebahagian dinding galeri pameran di Shilpakala Academy, Dhaka.

Acara yang turut dijadikan medan pertandingan menyaksikan tiga hadiah utama diboloti oleh Michael Riley (Australia), Simin Keramati (Iran) dan Tayeba Begum Lipi (Bangladesh) sementara hadiah penghargaan jatuh ke tangan pelukis dari Nepal, Oman, Qatar, UAE, Jepun, Australia dan Iran.

Seminar dua hari yang turut mengangkat tema 'Duality in Asian Art -The Ethnic and The Global' melibatkan pembentangan kertaskerja oleh tokoh-tokoh seni dari negara Denmark, India, Iran, Nepal serta introduksi seni negara oleh Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Katalog dan kertaskerja seminar boleh ditempah dengan menghubungi Mr Subir Chowdury, Pengarah Jabatan Seni Halus melalui bsa@dhaka.net atau talian 880-2-9550602 ATAU boleh merujuk samaada di Pusat Sumber YKP atau Balai Seni Lukis Negara.

Nur Hanim Khairuddin
Kurator Jemputan

 

Pemenang Utama

AUSTRALIA
Michael Riley
Cloud (feather) Ink jet on banner paper

IRAN
Simin Keramati
Rising or Falling Video

BANGLADESH
Tayeba Begum Lipi
My childhood-2 Oil

Antara karya-karya pameran.

 

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE ARKIB YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design