ACARA
BACA PUISI KELILING APUKe
Acara
Baca Puisi keliling Ke-9 telah berlangsung di Auditorium Balai Seni Lukis Negara,
pada 27 September 2003
Antara
peserta acara :
Kumpulan SIUL MURBA

Baca
sajak :
-
Loloq
- Hasmi Hashim
- Rahmat Harun
- SN A. Samad Said
bdan
lain lain...
Sebarang
pertanyaan atau informasi lanjut mengenai APUKe, silalah hubungi :
Hasmi
Hashim : 0166899969
Al-Mustaqeem : 0126992330

APUKe
ke-10 telah berlangsung pada 7 Februari 2004 bertempat di bangunan bersebelahan
dengan MCOBA.
Antara
peserta acara :
-
Fathi Aris
- Najmi & Kumpulan Siul Murba
- Hasmi Hashim
- Loloq
-
Nam Ron
- Khalid Jaafar
bdan lain lain...
Laporan
Acara Baca Puisi Keliling Ke-10 :
Nam
Ron menghangatkan suasana dengan membaca monolog yang agak kontroversi bertajuk
"aku nak jadi bintang". Dengan gayanya yang tersendiri Namron
menceritakan konflik diri tentang 'aku' yang nak jadi bintang filem sehingga sanggup
buat apa saja walaupun menggadai maruah diri. Monolog ini telah disampaikan dengan
cara terbuka namun berjaya memberi kesan yang mendalam.

Hasmi
Hashim pada malam itu membaca puisinya bertajuk "Tuan Besar".

Loloq

Black

Secara
keseluruhannya persembahan pada malam itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada
penonton yang hadir.
PIDATO
MALAM APUKe-9
Kami
telah menyelam ke dalam gelisah masa lalu. Kami bukanlah buta,
sedangkan kami
yang terguris apabila kamu yang tidak memahami resah-gelisah
kami, hari ini.
MALAYSIA
punya sejarah seni moden yang belum jauh. Bukan beratus-ratus tahun
seperti
di Amerika Syarikat, atau, beribu-ribu tahun seperti di Eropah.
Kongres
Kebudayaan Nasional, misalnya, baru beberapa jengkal ke belakang.
Selepas
tragedi hitam 13 Mei, 34 tahun lalu; pada 1973, kongres di
Universiti Malaya
(UM) itu jelas bermatlamat menjadikan seni-budaya sebagai
medium perpaduan
nasional.
Enam
tahun kemudian, Seminar Akar-akar Pribumi di Institut Teknologi Mara
(ITM)
yang jauh di dalam hatinya bermatlamat menjadikan asas tradisi
pribumi
[terutama kebudayaan orang Melayu] sebagai teras kebudayaan
bernegara.
Antara
lain, tergaris era muzik Rock yang hebat tidak tertanding oleh
sastera
atau filem, atau seni lukis, misalnya pada sekitar 1980-an sampai
awal
90-an. Fenomena ini barangkali sama ertinya seperti arus besar irama
dangdut
di Indonesia dalam tempoh yang hampir sama.
Arus
falsafah pendidikan juga memberi tanda tertentu kepada perubahan
sosio-budaya
masyarakat. Misalnya penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM),
atau bank-bank dengan skim perbankan Islam telah menandakan
wujud agenda atas
ke bawah yang berslogan penerapan nilai-nilai Islam.
Pelan-pelan
konsep ini menusuk ke dalam benak warganegara.
Seni
Islam pun dijadikan satu konsep seni kontemporari menandingi pengaruh
rock
yang dilabel sebagai budaya Barat atau budaya kuning
walaupun
debat tentang seni Islam sudah beredar awal daripada itu.
Kita
pasti ingat nama seperti Shahnon Ahmad, atau Kasim Ahmad. Kita tahu
polemik
mereka, sepertimana hari ini kita dapat membaca manifesto seni
Islam
dalam karya-karya Sulaiman Esa, mahupun Zakaria Awang.
Dan
hari ini, kita masih tidak lupa Asas 50, atau menjenguk karya seperti
yang
ditulis Ahmad Beostaman mahupun Hasnul Hadi. Juga perkumpulan Anak Alam
di
Padang Merbuk.
Kita
telah melihat aktiviti seni daripada Jalan Masjid India sampai Pasar
Seni.
Telah kita baca Hikayat Hang Tuah, menelaah Salina
sampai Shit atau
Dongeng
Pasca Merdeka. Daripada Studio Jalan Ampas, ke Studio Merdeka,
melintasi Grand
Brilliance Sdn. Bhd., atau papan tanda HVD di sisi
Angkasapuri, sampai rangkaian
televisi terbaru, Channel 9. Juga kemunculan
filem independen seperti Gedebe,
Lip To Lip, dan Rabun. Sejarah memang bukan
rahsia
selain punya tanda-terkait-makna.
Dengan
ini, seandainya ada generasi lama yang terus galak menuding bahawa
anak muda
tidak faham sejarah, seniman muda hari ini boleh sahaja segera
memulang paku
buah keras. Atau barangkali menjawab dengan bahasa yang lebih
kurang begini,
kami telah menyelam ke dalam gelisah masa lalu. Kami
bukanlah buta,
sedangkan kami yang terguris apabila kamu yang tidak memahami
resah-gelisah
kami, hari ini.
Memang
tidak pernah ada hukum manusia dalam apa juga agama dan budaya yang
menyatakan,
kononnya, golongan senior akan sentiasa betul berbanding yang
junior.
Dekat
benar tahun ini akan tamat, selepas gelodak politik-ekonomi 1998:
sudah pun
lima tahun berlalu. Tahun depan, untuk sektor kebudayaan
diperuntukkan RM80.3
juta daripada belanjawan kerajaan yang dibentangkan
oleh Perdana Menteri yang
juga Menteri Kewangan, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohammad, 12 September
lalu. Sedangkan baru benar rasanya, filem Embun dan
Paloh gagal di pawagam
inilah antara misteri-realiti yang menjadi
resah-gelisah
hujung minggu, yang tidak lagi terungkap.
Pertembungan
idea tanpa asas dikalangan seniman arus perdana dengan yang
oposisi,
atau yang utuh dengan underground sungguh tidak menjernihkan
pemikiran masyarakat
kita. Ada yang melulu memuji, ada yang melulu mengkeji,
puisi digubah seperti
doa, melulu dibaca, emosional pula, ada yang terus
diam, bahkan mencari alasan
untuk tidak mendepani kenyataan perih zaman ini.
Demi
itu, kita telah diberitahu tentang kecemerlangan tamadun bangsa-bangsa
dunia
seperti Renaissance Age mulai pertengahan abad ke-15, atau Gerakan
Pencerahan
yang menjalar di Eropah dalam abad ke-18: latarnya adalah
golongan intelektual
dan seniman.
Dalam
sejarah moden, betapa pesatnya produk animasi seperti di Jepun sejak
lebih
20 tahun lalu, telah mampu bikin kita ketawa dengan Doraemon, menonton
Transfomer,
atau Ultraman. Kita juga mulai kagum dengan kegigihan pengkarya
filem di Iran
untuk menggelecek setiap kon undang-undang penapisan yang
dipasang pemerintah
negara itu. Jepun yang jauh lebih maju, Iran pula yang
serba kurang: sama-sama
kongsi asas kesenian, iaitu jiwa merdeka.
Jiwa
merdeka perlu untuk lahirnya kreativiti, kerana pemikiran selalu
terkekang
oleh hambatan tidak rasional. Kebebasan kreativiti dan idea juga
tidak akan
maju sekiranya tidak berteraskan fungsinya yang waras. Paling
tidak, setiap
sesuatu yang dikatakan kreatif wajib berdiri di atas disiplin
hujah yang jelas
dan teratur.
Jiwa
merdeka bukan kata-kata di lidah atau dalam seminar, atau kononnya
dituliskan
sebagai bait-bait puisi. Konsep ini akan terukur daripada karya,
kerana setiap
karya peribadi seniman merupakan manifesto paling jelas, yang
melintasi zaman;
boleh ditafsir secara kolektif pula. Seniman bukan
politikus, dan sejarah
terus menunjukkan bahawa, seni-budaya sering
membawakan masa depan yang gemilang
untuk putaran tamadun dunia. Banyak juga
yang jadi hampas tidak berguna
Oleh:
Komunite Seni Jalan Telawi (KSJT)
Bangsar, Kuala Lumpur.
26 September
2003.
Senarai
ahli KSJT:
1. Hasmi Hashim
2. Fathi Aris Omar
3. Amer Sari
4. Zulkifli
Ramli
5. Haris Zakapli
6. MR Al-Mustaqeem Mohd Radhi
7. Shamsul Mahdar
8.
Helme Hanafi
9. Najmi Jalil
10. Zulkiflee Zainal Abidin
-------
Nota:
Tulisan ini dibacakan dalam majlis Acara Baca Puisi Keliling (APUKe)
Edisi
Mini Konsert kumpulan muzik Independen sempena sambutan ke-45 tahun
Balai
Seni Lukis Negara (BSLN) pada 27 September 2003 lalu. Segala
pertanyaan boleh
hubungi: Hasmi Hashim (Koordinator KSJT) di talian 016-68 999 69 atau emel: editormanifesto@yahoo.com

Hasmi
Hashim (Koordinator KSJT)
Forum Respon
Kepada Manifesto