TEATER
TAMU DARI MEDAN PERANG
Teater
bertajuk TAMU DARI MEDAN PERANG karya serta arahan DINSMAN telah
berlangsung di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
pada 9-12 Jun 2006. Pementasan diterbitkan tokoh sastera Sutung
Umar Rs dengan penampilan pelakon-pelakon seperti Rohani Yousoff
(Queen), Azhan Abd Rani (Sultan), Mohd Azhari Sirat (Mufti), Nurhartini
A Rahim (Seseorang) dan Sofia Jaafar (Pelayan).

Cerita
mengisahkan mengenai Queen Jihadist yang telah bertemu Sultan dalam
usaha mendapatkan sokongan untuk menghancurkan Amerika. Queen mempersoalkan
peranan pemerintah yang tidak pernah berusaha mendekati kesengsaraan
yang ditanggung rakyat, malah asyik diulit keseronokan globalisasi
dan termakan pembohongan maklumat yang disuntik secara halus melalui
media asing. Karya yang menyulam elemen satira ini pada penghujungnya
mengangkat isu tentang penguasaan minyak melalui kesepakatan ummah,
bagi memerangi ancaman ganas Eropah dan Amerika.

Pementasan ini disertai naskhah skrip dalam dwibahasa terbitan TEATER
ELIT. Hubungi 013-6362408 (Din) atau 013-635 1138 (Zen) untuk pertanyaan
lanjut.