BELASUNGKAWA

JERI AZHARI 1955-2006

Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta Warga Yayasan Kesenian Perak memanjangkan ucapan takziah kepada isteri serta keluarga pelukis JERI AZHARI yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Julai 2006.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.


Ahmad Azhari bin Mohd Nor dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Parit, Perak. Memasuki Institut Teknologi Mara sebagai pelajar seni pada tahun 1973, meninggalkannya setahun kemudian.

Pernah bekerja sebagai Artis Grafik di Dewan Bahasa dan Pustaka dan The New Straits Times, Kuala Lumpur dari tahun 1975 hingga 1987.

" INTEGRITY " JERI AZHARI

Karya Instalasi 2006 “INTEGRITI”, sebuah pameran solo seni pop Jeri Azhari telah selamat dilancarkan pada 1 Julai 2006 di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Haji Zakaria Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah BSLN.

Pameran akan berlangsung sehingga 31 Julai 2006. Dapatkan katalog dengan esei oleh penulis undangan Safrizal Shahir bertajuk "Matriks Budaya, Jeri dan Seni Pop" di BSLN.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design