ROAD TOUR RUMAHPENERBITAN SUARASUARA

Tanggal 21 Julai 2006 menyaksikan acara road-tour rumah penerbitan 'suarasuara' di Pusat Kesenian & Kebudayaan USM ABN-AMRO Pulau Pinang. Majlis anjuran Muzium dan Galeri USM ini bertujuan mendedahkan khalayak kepada bidang perpuisian melalui deklamasi dan bacaan puisi penyair-penyair seperti Raja Ahmad, Zakaria Ali, Amirul Fakir, Rozan Asep dan Rahmat Haron.

PAMERAN MTV @ MALAY TV

Selain itu di tingkat atas bangunan, putaran video-video seni oleh beberapa orang artis tempatan mengisi pameran MTV@MalayTV yang dikurasi oleh Tengku Azhari dari USM. Mereka yang terlibat adalah Hasnul Jamal Saidon, Kamal Sabran, Tengku Azhari, Mohd Ekram AlHafiz Hashim, Roslisham Ismail, Nur Hanim Khairuddin, Noor Azizan Paiman dan Masnoor Ramli. Pameran akan berlangsung sehingga 30 Julai 2006.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design