TABIK : JERI AZHARI (1955 - 2006)

Ahli Lembaga Pengarah BSLN, Puan Shireen Naziree telah memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran sebuah pameran berkonsep 'tribute' yang julung-julung kali dianjur oleh golongan pelukis. Selain itu, Nur Hanim Khairuddin, koordinator jemputan turut memberi penerangan berkenaan pameran serta menyampaikan penghargaan penganjur kepada semua yang terlibat.

Pameran akan berlangsung sehingga 8 September 2006. Jangan lepas kan peluang menyaksikan karya-karya 'rare' oleh SN Syed Ahmad Jamal, Jalaini Hassan, Paiman, Pakdin, Lat, Bayu Utomo, Ahmad Shukri dan ramai lagi. Majoriti karya adalah untuk jualan di mana sebahagian profit akan disalurkan kepada balu Allahyarham Jeri, Puan Norsita Abdul Rahman. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013 2762767 (Hamir)

PIHAK PENGANJUR (BSLN & GUDANG) MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PELUKIS YANG MENGAMBIL BAHAGIAN SERTA KEPADA SEMUA PEGAWAI,KAKITANGAN BSLN DAN TENAGA SUKARELAWAN YANG MEREALISASIKAN PROJEK INI. TABIK SPRING UNTUK SEMUA!

Karya Syahrulniza :: Suzlee Ibrahim :: Parking_Project :: Jailani Abu Hassan

Karya Bakhtiar Naim :: Bayu Utomo Radjikin:: Ab. Aziz :: Amir Zainorin

Karya Bob :: Sdr. Amir Zainorin :: Performans Zulkifli Mohamad (dr.)

** Link ke pameran INTEGRITI : Jeri Azhari

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design