SONIC COSMIC : MUSIC FROM OUTER SPACE

Persembahan SONIC COSMIC: Music from outer space telah berlangsung di Planetarium Negara pada 26 Ogos 2006. Kamal Sabran, artis video yang menjalani residensi selama tempoh setahun (anjuran Agensi Angkasa Negara) mengakhiri penyelidikan beliau tentang bunyi-bunyian dan gema dari angkasa untuk diserapkan dalam pembikinan karya-karya seni beliau.

Bunyi-bunyian dari angkasa diadun dan dimanipulasi untuk sebuah ciptaan persembahan multimedia yang turut melibatkan artis-artis lain seperti Electroprimitive, Akta Angkasa, Amirul Fakir dan Nur Hanim Khairuddin yang menampilkan elemen muzik dan perpuisian. Selain itu, apresiasi persembahan turut dijalankan dengan komen serta kritikan yang segar dan membina daripada jemputan khas Encik Hasnul Jamal Saidon dan pengarah ANGKASA sendiri, Datuk Mazlan serta audiens yang terdiri dari tokoh-tokoh seniman dan penggiat seni tanahair. Sekalung tahniah untuk Kamal Sabran.

Kisah lanjut boleh diketemui di http://kamalsabran.blogspot.com

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design