BUKAN BUNUH DIRI
Teater eksperimental 'Bukan Bunuh Diri' karya Dinsman, di bawah arahan J.Jamal telah
dipentaskan pada 2-3 Mac 2007 di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak. Teater
berbentuk 'absurd' atau ketidaklogikan ini membawa konsep Eksperimental Ilmu kepada
penonton dengan Adam sebagai watak utama. Adam, pemuda berusia 25 tahun, ingin
mencari pengertian hidup dirinya dan ingin menemui Tuhan. Adam memutuskan untuk
menemui Tuhan dengan menggantungkan dirinya kerana itulah jalan terakhirnya. Nain
dia tetap mahu menemui Tuhan dan tindakannya 'Bukan Bunuh Diri'. Teater ini
menimbulkan persoalan seputar diri dan persekitaran manusia.
'Bukan Bunuh Diri' dijayakan oleh Biro Teater Persatuan Karyawan Perak dengan
kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan warisan Negeri Perak.

