MALAM KUNTUMAN SENI

Acara Semarak Taman Budaya Negeri Perak dengan tema "Malam Kuntuman Seni" telah
dilangsungkan di laman Taman Budaya pada 28 Februari 2007 dengan meriahnya.
Program yang diatur khusus sempena pertemuan pertubuhan serta badan-badan bukan
kerajaan Negeri Perak turut meraikan smabutan Jubli Perak Badan Budaya Perak.
Antara persembahan yang mengisi majlis ini termasuk tarian, bacaan puisi, nyanyian
dan dekon yang dijayakan oleh pelbagai pihak, antaranya Badan Bangsawan Seri Perak,
Karyawan Perak, Tunas Budaya, UPSI dan Badan Budaya Perak. Yayasan Kesenian
Perak turut menampilkan karya Raja Ahmad Aminullah melalui deklamasi bertenaga
oleh penyair tempatan Amirul Fakir dan Ahmad Ansor Rivai.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design