GALERI SENI PERAK

Sebuah pertemuan khas telah diatur pihak Balai Seni Lukis Negara (BSLN) untuk membincangkan perihal Galeri Seni Perak, di antara pihak Majlis Bandaraya Ipoh dengan beberapa wakil institusi dan persatuan seni tampak Perak. Ketua Pengarah BSLN, Dr. Saharuddin Ismail telah bertindak membentang usulan kepada Datuk Bandar Ipoh, Dato' Mohamad Rafiai, tentang keperluan segera Negeri Perak mewujudkan sebuah galeri seni yang penting sebagai salah sebuah pusat pameran seni tampak negara. Lokasi cadangan adalah bangunan di bahagian belakang Ipoh Townhall di Jalan Dato' Sagor yang telah begitu lama diabaikan. Tinjauan ruang telah dijalankan sejurus selepas mesyuarat tersebut sebagai dokumentasi awal pihak BSLN untuk meneruskan ikhtiar merealisasikan pembinaan galeri seni negeri. Semoga usaha-usaha ini mendapat sokongan semua pihak agar bidang seni tampak dapat menjadi lebih dekat di hati masyarakat.

Selain itu, Datuk Bandar turut menawarkan peluang kepada para pelukis tempatan untuk mengambil bahagian serta mendagangkan karya-karya mereka di 'Flower Market' yang dijalankan setiap Sabtu pertama dan ketiga di Padang Ipoh secara percuma. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Encik Meor (012 5651878) dari Bahagian Landskap Majlis Bandaraya Ipoh.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design