BITTERSWEET : ' A PERFECT TOUR '

'BITTERSWEET: A Perfect Tour' telah berlangsung di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh pada 14 April 2007 dengan persembahan gig oleh Bittersweet, OAG, The Times, Muck dan beberapa yang lain.

Bagi memeriahkan konsert bergerak kumpulan Bittersweet yang sedang mula hangat di persada muzik ini, sebuah pertandingan vespa dan skuter telah diatur oleh pihak penganjur. Turut memberi kerjasama adalah YKP, Pure Junk, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, History Records, Bodysurf Music dan History Records. Pemenang pertama merupakan tuan punya skuter KAS 3895 yang kerap memenangi pertandingan seumpamanya dengan menampilkan imej naga brutal. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Radhi OAG.

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design