BELASUNGKAWA
PENGERUSI, AHLI LEMBAGA PENGARAH SERTA WARGA YKP mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Redza Piyadasa sempena kembalinya beliau ke rahmatullah pada 7 Mei 2007 (Isnin), jam 6.15 petang di Hospital Selayang.
Jasa serta sumbangan beliau di dalam pembinaan serta perkembangan seni tampak negara amat besar dan tidak terbalas. Tidak terkecuali pembabitan serius beliau semasa detik-detik awal penubuhan YKP serta pelaksanaan Festival Pekan Seni Ipoh (1996-2000). YKP amat bersedih di atas pemergian seorang tokoh yang payah dicariganti ini.
AL-FATIHAH. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...

REDZA PIYADASA
REDZA PIYADASA lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.
Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.)
Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies di Jabatan Seni University of Hawaii, di Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.)
Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center
Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998
Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia . Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.
ANTARA KARYA-KARYA PENTING REDZA PIYADASA :

The Haji Family, 1990, Campuran, 51 x 79.5cm.

Seated Malay Girl, 1991, Campuran, 33 x 64.8 cm.
,

Karya kolaborasi bersama Sulaiman Esa
Empty bird-cage after release of bird at 2.46 pm, on Monday 10th June 1974. 1974, Campuran, 50x40 cm.
An outlined area occupied by the shadow of the poet Usman Awang made at 4.05 pm Saturday 8th December 1973. 1973, Pencil on Canvas, 102 cm x 102 cm. Koleksi Redza Piyadasa.

May 13, 1969. 1970, Acrylic atas plywood dan cermin, 183 cm x 123 cm x 123 cm.

Entry Points. 1978, Acrylic on Wood, 152 cm x 136 cm. Koleksi Balai Seni Lukis Negara.
" Al-Fatihah... "
