s

FORUM APRESIASI TEATER PERAK 2007

Forum Apresiasi Teater Perak 2007 anjuran Majlis Teater Perak (TEMA Perak) telah berlangsung pada 15 Disember 2007 bertempat di Ruang Legar KAFE, Taman Budaya Negeri Perak.

Ahli-ahli panel yang terdiri daripada penggiat seni teater dan lakon seperti J.Jamal, Zulhuzaimy Marzuki dan A. Rahman Aminuddin @ Farok, telah membincangkan isu-isu berkaitan halatuju teater di negeri Perak.

Seramai lebih kurang 50 orang hadirin yang terdiri daripada individu serta ahli-ahli kumpulan teater dan budaya telah diberi input dan pendedahan tentang bagaimana untuk bertahan di dalam lapangan teater.

Para hadirin turut diberi peluang untuk meluahkan permasalahan yang melanda kelompok masing-masing untuk dibincang bersama agar dapat diusulkan kepada pihak-pihak yang berkaitan demi memperbaiki serta mengangkat bidang teater negeri ke peringkat yang sewajarnya.

Sebarang pertanyaan berkenaan TEMA Perak boleh hubungi 012 5153193 (Encik Rashidi)

 

 

 

KEMBALI KE MENU

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design