Pada
21 Jun 2003, Rumahykp telah mendapat kunjungan persahabatan daripada warga Fakulti
Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seramai 42 orang siswa siswi beserta
tiga orang pensyarah telah diberi taklimat oleh pihak Yayasan Kesenian Perak berkenaan
aktiviti serta senario seni di Perak khususnya di Bandaraya Ipoh.

SAKSI
- Pertandingan Seni lukis Bersejarah Kebangsaan ini adalah anjuran Balai Seni
Lukis Negara dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Kesenian & Pelancongan
Malaysia.
(informasi lanjut berkenaan pertandingan SAKSI boleh didapati di www.artgallery.org.my)

Brainstorming
& Raptai
Sempena
pelaksanaan Malam Genta Merdeka pada 24 0gos 2002, satu pertemuan telah dijalankan
di antara pihak Yayasan dengan penggiat seni yang terlibat. Antaranya; pelukis
dan penyair muda Fairus Ahmad, pemusik Adlin, Atan dan Mamat, anggota kumpulan
musik independen keluaran Bodysurf, penyanyi lagu asli Eda Fazilah, dan penyair
Amirul Fakir
Demonstrasi
Menempa Besi [FORGING]
Pihak
Yayasan turut menyediakan ruang untuk para seniman berkongsi ilmu praktikal penghasilan
karya-karya seni. Justeru itu, bersempena dengan program 'Gebang Seni bersama
Raja Shahriman', suatu sesi demonstrasi menempa besi telah dijalankan. Raja Shahriman
yang terkenal dengan penghasilan karya-karya dari bahan besi telah mempertontonkan
teknik menempa bermula dari potongan sekeping besi hinggalah kepada tempaan yang
melahirkan bentuk keris miniatur.
Lawatan
Pelukis Vietnam
Pada
26 Disember 2002, dua orang pelukis mapan dari Vietnam telah membuat kunjungan
ke Rumah YKP. Kunjungan yang diurus oleh pihak Balai Seni Lukis Negara ini telah
melahirkan tali persahabatan di antara beberapa orang pelukis Perak serta dua
orang tetamu ini.
Nguyen
Xuan Tiep yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Vietnam Fine Arts Museum serta
temannya, pelukis Trinh Tuan, telah berkesempatan berkenal-kenalan serta bertukar-tukar
fikiran dengan pelukis tempatan seperti John Lai, Loo Win, Kamal Sabran, Kusyerie
Jabar dan Nur Hanim Khairuddin.
Pihak
Yayasan seterusnya telah berpeluang mempertemukan artis dari Vietnam ini dengan
pelukis kontemporari tanahair, Noor Azizan Rahman Paiman, Azhar Manan dan Suhaila
Hashim di kediaman masing-masing.
Rumah
YKP turut menjadi gelanggang pertemuan para penggiat seni untuk perbincangan-perbincangan
tidak formal berkaitan seni.