LAWATAN PELAJAR FAKULTI ALAM BINA, UM

Pada 21 Jun 2003, Rumahykp telah menerima kunjungan persahabatan daripada warga Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seramai 42 orang siswa siswi berserta tiga orang pensyarah telah diberi taklimat oleh pihak Yayasan Kesenian Perak berkenaan aktiviti serta senario seni di Perak khususnya di Bandaraya Ipoh.

Koordinator Tahun Tiga, saudari Ati Rosemary Mohd Ariffin menjelaskan bahawa lawatan ke YKP dan lain-lain badan serta institusi kerajaan di Ipoh ini merupakan sebahagian daripada kehendak projek studio Ijazah Sains Senibina (Bachelor of Science in Architecture), yang pada kali ini memerlukan para pelajar untuk melaksanakan 'kajian bandar dan senibina di Bandaraya Ipoh'.

Selain daripada mendengar penjelasan mengenai kegiatan, koleksi seni serta matlamat YKP, mereka turut berpeluang menyaksikan 'Pameran Gambar-gambar Bersejarah Negeri Perak' yang memaparkan senibina serta aspek geografikal di Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar sekitar tahun 1870-1921.

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE STUDIO YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design