BENGKEL ' JOM CETAK T-SHIRT ' FAUZI SEDON

Bengkel asas cetakan bersama pelukis seni cetak M. Fauzi Sedon @ M . Dom (Pensyarah Fakulti Seni & Musik, UPSI)

CARA KERJA MENCETAK T-SHIRT

Kelengkapan

- Screen decoating gel (NoriScreen)
- Photo emulsion
- Embossed dye
- Rubber dye
- Squeegee
- Coating plate / emulsion coater
- Pengering rambut
- Bongkah kayu 10 x 14 inci
- Blok Silk Screen 12 x 16 inci
- Mounting board
- Exposure box
- 4 batang lampu tungstan - setiap satu bersaiz 2 kaki
- 1 mentol merah
- Cermin tebal
- Kain hitam

Langkah-langkah
Terdapat 3 peringkat:

- Peringkat penyediaan imej
- Peringkat peyediaan blok
- Proses mencetak

Peringkat penyediaan imej

1. Sediakan satu desain (monochrome)
- Lukis sendiri
- Photo
- Majalah / paper
2. Cetak imej tersebut diatas kertas transparent / kertas minyak

Peringkat penyediaan blok

1. Blok dibasuh dengan sabun untuk membuang bahan kimia pada sutera
2. Selepas kering, blok disaringkan dengan photo emulsion.
3. Untuk proses pengeringan, pengering rambut digunakan

Proses mencetak

- Desain tersebut diletakkan diatas 'exposure box' (Dilakukan di dalam bilik gelap) dan hanya lampu merah suram dipasang.
- Desain dilekapkan pada blok skrin dan ditindihkan dengan bongkah kayu dan bata. (supaya tiada ruang kosong - menjejaskan imej pada blok)
- Lampu tungstan dibiarkan pasang selama 3-5 minit.
- Blok disiram / dibasuh dengan air deras hingga terhasil imej pada blok dalam bentuk negatif.
- Baju dilapikkan dengan mounting board / kertas tebal supaya dye tidak terserap ke bahagian yang tidak dikehendaki.
- Blok diletak di tempat yang dikehendaki.
- Masukkan dye menggunakan sudu dan letakkan bahagian atas imej. Menggunakan squeegee, seret dye menghala kebawah (satu arah sahaja) dan pastikan kesemua imej dimasuki dye.
- Dengan berhati-hati, alihkan blok dan jemurkan baju tersebut. (blok harus di basuh secepat mungkin jika tidak digunakan bagi mengelakkan skrin tersumbat)

 

KEMBALI KE MENU | KEMBALI KE STUDIO YKP

Hubungi Kami [Contact Us] | Hakcipta © 2002 - 2005 Yayasan Kesenian Perak | Erwina Crunk Design